'Salam Jari Tengah' - Kerana Berebut Parking, Wanita Ini Mengamuk Tunjuk Isyarat Jari Tengah Dan Baling Selipar


Siapa masih ingat dengan Kiki Stering Lock, wanita yang bertindak ganas dengan membuli warga emas pada tahun 2014 lepas kerana berang keretanya dilanggar.

Kalau Kiki mengamuk dengan mengetuk kereta mangsa menggunakan pengunci streng kereta, kali ini wanita mengamuk dengan guna kasut pula.

Mungkin tidak seganas menggunakan stearing lock, tapi tetaplah wanita juga yang mengamuk gara-gara tidak dapat menahan kesabaran.

Video yang dimuat naik di Facebook ini menunjukkan seorang wanita yang bertindak mengetuk pintu cermin kereta sambil mulutnya mengeluarkan kata-kata kesat.

Tak cukup dengan itu, siap mengeluarkan isyarat lucah sambil menunjukkan jari tengah kepada pemandu kereta terbabit. Kasut yang dipakainya pun dibaling ke arah cermin depan kereta, memang betul-betul 'naik hantu' ni!

Menurut sumber, 'akak dan abang' dalam video ini mengamuk sebab berebut tempat parkir kereta. Jika melihat pada latar belakang video tersebut,  mungkin kejadian berlaku di sebuah tapak pasar Ramadan.


Netizen yang melihat rakaman ini rata-ratanya mengutuk perlakuan ganas tersebut lebih-lebih dalam bulan puasa yang barakah ini. Namun ada juga yang menyatakan supaya jangan cepat menghukum, mungkin ada sebab yang benar-benar kukuh di sebalik amukan tersebut.

"Rupa dah hodoh , perangai pun hodoh, sila meninggal."

"Mesti bersebab akak ni naik hantu, kalau takda angin,pokon takkan goyang."

Benarlah kata orang, kalau perut lapar semua rasa nak marah. Apa-apa pun, mohon orang di luar sana tingkatkan kesabaran anda lebih-lebih di bulan Ramadan yang mulia ini. Tak elok dipandang kerana ia hanya akan menyebabkan imej buruk terhadap Islam. Kalau dah jadi tular begini, diri sendiri juga yang akan malu nanti. Setuju tak? 



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon