Sapa Kata Jadi Bujang Senang, Tiada Komitmen? Nah Jawapan Untuk Orang Yang Dah Kahwin.





sebenarnya masih busy buat assignment, tapi terpanggil untuk type status yang dijangka akan agak panjang, sepanjang case writing yang aku patut hantar sabtu ni.

“kau bujang, senangla”
“kau bujang, tak banyak nk belanja”
“kau bujang, senang cakap la, balik tak payah masak bagi laki makan”
“kau bujang takpe, pegi mana pun takde orang nak halang”

Aku yang muda dulu maybe malas ambik pusing.  Tetapi maybe betul orang kata, orang tua ni sensitive, terutamanya yang tak kawen lagi. Betol la kot.

1.“Kau bujang, senangla”

Salah! Bujang tak sesenang yang mata korang nampak. kau yang dah kawen dengan kami yang bujang ada our own struggles. struggle yang sama; tapi berbeza.
Bujang tak senang; dan aku percaya kawen jugak tidak membebankan. (read: kalau kau dapat laki yang tak membebankan)

2.“Kau bujang, tak banyak nak belanja”/ “banyak simpan duit”

Pada pandangan aku, yang bujang ni sebenarnya sama banyak belanja je dgn yang dah kawen. bezanya, hujung bulan kau tak de duit, kau ada laki nak bagi kau nasi dengan ayam.
Yang bujang takde duit hujung bulan? sapa nak bagi nasi?
Aku nasib baik ada mak ayah. siap dengan masak lemak cili api.
Bil rumah yang bujang ni still kena bayar. bil telepon, bil unifi, installment, hutang beli iphone, credit card sebab swipe beli flight tiket, isi minyak kereta, topup touchngo.
Sama mcm korang yang berlaki. silap minyak kereta pun laki korang isi.
Bujang ni kena duduk menyewa, kalau umur macam aku, maybe dah ada rumah. rumah kena bayar sendiri.

Korang bersuami maybe boleh joint-loan, atau kalau baik lebih sikit, rumah korang suami beli, suami bayar atau share-share.
Yang bujang?
Aku nasib baik mak ayah ada. Menumpang la rumah mak ayah selagi tak kena halau keluar.
Yang bujang dan mak ayah takde?
Bezanya, mungkin perbelanjaan anak. Tapi, at least korang boleh share-share.
Kalau yang bujang, sara adik-adik? or tanggung mak ayah?

3.“Kau Bujang senang cakap la, balik tak payah masak bagi laki makan”
Soalan kak long;
Abis yang bujang ni tak payah balik masak ke apa?
Tak masak untuk laki pun, perut sendiri kena isi. Korang dulu bujang makan macamana? Dah kawen je ke balik semata nak masak untuk laki ke macamana?

4. “Kau bujang senang takpe, pegi mana pun takde orang nak halang nak mintak izin bagai”
Kalau korang yang dah kawen kena mintak izin suami, yang bujang ni tak payah mintak izin mak ayah ke macamana?

Korang masa bujang dulu tak mintak izin mak ayah ke? Sudah kawen baru acah-acah mintak izin suami ke macamana?
Kecik hati bila kata yang bujang ni takde siapa kisah, nak amik tahu. Aku yang dah tua ni pun balik ofis lambat sikit pun mak whatsapp, ayah call tanya dekat mana.
sebelum beli tiket flight pun tanya mak ayah.
Sebelum kawen restu kita kan dgn mak ayah dan kawen dengan suami. Sama kan konsepnya?
Kita tak boleh banding-bandingkan yang bujang dengan yang dah berkeluarga. Kita ni kan tak sama, jadi jangan la samakan kita.

Komitmen, Priority, Kehendak, Tahap Toleransi – semuanya berbeza.
Rezeki kita tak sama. Berkahwin bahagiannya lain. Yang bujang pun ada bahagiannya.
Janganlah beranggapan bahawa matlamat hidup setiap manusia tu adalah untuk berkahwin dan ada anak aje.
buang la stigma yang “kalau kahwin tu lengkap lah hidup seseorang or ada anak tu lengkap lah”.
yang bujang, walaupun seorang tak bermaknya hidup dia tak lengkap.
mungkin tak sempurna di mata yang dah berkeluarga, sebab takde suami.
Tapi yang kahwin tu, letak tangan kat dada, sekarang, dan tanya, sempurna ke kehidupan berbanding kawan-kawan yang bujang?

Kalau sempurna jangan la complaint balik kena masak, anak nakal, anak minum susu banyak, suami asik main handphone, suami tak tolong kat dapur.
sesungguhnya tak ada yang sempurna dalam dunia ni.
taktau yang lain-lain, but janganla kasihan kan aku sebab tak kawen lagi. don’t be.
kesianlah kat aku kalau aku dapat gaji lambat, atau tak dapat pegi holiday.
tak kawen lagi itu bukan penyakit atau satu disaster.
dan faham lah, yang seKebal mana pun perempuan, mesti perlukan lelaki untuk moral and emotional support.

acah-acah kebal. dalam hati Allah aje tau.
pada kawan-kawan yang masih bujang atau yang kembali bujang, juga untuk diri aku sendiri,

#1 Cuba la sayang diri sendiri sebaik yang boleh. Bagi yang terbaik untuk diri sendiri. Give yourself the best of everything – clothes, the best facial treatment, the best meals/ food, THE BEST THAT WE CAN AFFORD. Kalau bukan kita, siapa?

#2 Bagitau diri yang kita masih bujang bukan sebab tak cantik, tak pandai, takde orang nak, sebab gemok, sebab hidung besar – tapi sebab Tuhan tahu kerja Dia. Dia belum nak bagi atau Dia tau kita belum ready nak galas tanggungjawab macam kawan-kawan yang dah kawen.

#3 Jaga kesihatan. Kalau sakit nanti, siapa nak jaga?

#4 Simpan duit, refer nombor 3

#5 Kalau masih ada parents, Jaga parents. Doa parents terutamanya Mak tu sakti. Lagi hebat dari suami. Suruh jugak la mak korang doa kuat-kuat supaya dia dpt menantu lelaki yang kacak, baik, dan kaya.

#6 Gembirakan diri sendiri – cara apa pun, gembirakan diri. Kalau bukan kita, siapa?

#7 Buatla apa yang kita teringin nak buat. Kita hidup Cuma sekali. Jangan tunggu: “taknak lah pegi Venice sekarang, dah kawen nanti nk pegi dgn suami, baru syok.”

OK tunggu lah.

#8 Buat baik dengan orang semua orang, terutamanya orang sekeliling. Kalau family kita dah tak ada, mungkin ada antara orang-orang ini yang akan ada belas ihsan dekat kita nanti.
dan pada kawan-kawan yang dah berkeluarga,
bersyukurla ada suami, walaupun kadang kau rasa suami kau annoying. mungkin ada yang tak annoy dengan suami korang, haaaaa. ok tak. ini lawak je.
bersyukurlah ada suami, sakit ada orang tengokkan.
sayang diri sendiri, simpan duit sendiri. hati itu berbolak balik sifatnya.
bila bercakap, janganla acah-acah macam lahir-lahir terus berlaki.
acah-acah tak pernah bujang.
jagalah hati kawan-kawan yang masih bujang ni. mungkin yang bujang ni tak ada suami, tapi masih ada perasaan.
dan mungkin yang bujang ni jugak la yang akan amik kau depan rumah saat kau perang dunia dengan suami kau dan menenangkan kau saat kau sedih sebab laki kau buat perangai.
kesimpulannya, jangan compare diri kau dgn orang lain.
embrace everything that you have; whether kau single ke, kau kawen takde anak ke, kau isteri nombor dua ke, kau ibu tunggal ke,
sebab, apa saja jadi kat kita harini, Allah dah tulis.
embrace it.
itu yang terbaik untuk kau dan untuk aku.
OK,
harap Tuhan tulis 2017 adalah tahun aku pulak kawen.
kalau tak takpe, 2018 pun okay!
Aminkan cepat!
dan kalau dah kawen aku acah-acah mengada cakap bukan-bukan, tepek balik status ni kat muka aku dan cakap, sembang kuat!

OK, nak sambung buat assignment kat rumah. Kbye





Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon