Kerana Malu Dikatakan Gemuk , Akak Aku Mati Sebab Makan Produk Kurus Tanpa Pengetahuan Aku




TESTIMONI MENJAHANAMKAN!!

Credit to Tuan Ahmad Anwar.

Aku pun nak share satu cerita biar jadi pengajaran. Sekitar 2013 bulan 8 kakak aku pergi pada usia 33 tahun. Ceritanya begini..

2 minggu sebelum dia pergi dia mengadu kata kurang sihat dan demam. Kakak aku ni obes orangnya. Memang dah mcm2 ubat dia try untuk kuruskan badan. So minggu tu bila dia jumpa aku mengadu x sihat dan demam, aku perasan muka dia agak pucat dan bibir dia pecah2. Aku surh dia minum air banyak, dia angguk and kata dah banyak dah dia minum. And dia rasa letih teramat sangat dan sesak nafas. Arwah kakak aku ni ada athma jadi aku suruh dia pergi sedut gas sbb aku ingat dia kene athma.

Sehari sebelum dia masuk hospital aku jumpa dia. Keadaan dia makin teruk. Athma dia x berkurang. Dia kata dah pergi sedut gas 3 kali. Aku suruh dia ke hospital buat checkup dia kata esok insyallah. Malam tu dia x tahan dah. Dia minx adik aku hantar ke bahagian kecemasan. Bioa sampai kecemasan dr tahan. Suspek jangkitan kuman dkat paru2.

Esok aku pergi melawat dia kat hospital. Aku berbual dengan dr pelatih yang tgk kakak aku. Dia kata kakak aku, mereka xda kemudahan hospital lengkap untuk diagnos keadaan kakak aku. Tapi based on symptom dr suspek jangkitan kuman dalam paru paru. Mereka buat kaedah cuba jaya beri antibiotik dan tukar ubat jika tiada perkembangan positif sehingga dapat ubat yang sesuai. Haritu aku jaga dia, muka dia pucat, bibir dia kering. Aku nak bg air dr tegah kata kalau banyak air dlm bdn nanti lg sesak nafas dia. Arwah kakak aku bergantung pada tiub oksigen diletak di hidung dia. Dia asyik mengadu dia haus sangat2. Kadang bila bercakap dia separa merayu pada aku nak air. Aku curi2 gak bagi air kat dia tanpa pengetahuan dr. Aku x sampai hati. Dia kata haus sgt mayb sbb tiub oksigen tu buat dia haus. Aku yg bodoh x tau apa2 mengangguk dan mengandai setuju.

Hari kedua dia diwad, dia mengadu malam langsung x leh tidur. Jantung dia laju. Aku bgtau dr, dr explain benda yg aku sbnrnya boleh faham. Tp aku agak emosi waktu tu so aku dah mula fasa menyalahkan pihak hospital sebab lembab buat kerja. Kakak aku masih teruk dan bertambah teruk. Kakak aku ngadu dia x selesa. So aku decide nak bawak dia keluar dari hospital kerajaan ke swasta. Tapi dr pelatih halang aku. Dia pujuk kata kalau nak bawa juga tunggu dr pakar datang. So aku tunggu dr pakar dtg. Masa yang ada aku pujuk kakak aku minx dia sabar dan cuba tidur. Dia cuba nak bercerita pada aku tapi aku bodoh xnak dengar. Aku suruh dia diam dan berehat. Aku xnak dgr dia bercerita. Mungkin dia nak bagitau aku pasal ubat yang dia makan. Tapi aku terlalu emosi. Jika waktu ni aku tau hakikat sebenar mungkin aku dpt bagitau dr dan dr boleh rawat dia dgn rawatan yang tepat. Sampai hari kedua dr masih xtau apa sebab ubat mereka bagi x bnyk membantu memulihkan keadaan kakak aku..

Hari ketiga br dr pakar datang. Aku bgtau dr pakar aku dah nekad nak bawa kakak aku ke swasta. Dr pakar cek dan bgtau aku kakak aku agak kritikal. Dia minx kakak aku dihantar ke unit icu. Aku terkejut aku tanya kenapa. Doktor kata mereka nak cuba monitor kakak aku kerap disana utk tau masalah sebenar. Aku sedikit marah. Kenapa baru harini? Dr kata hospital x cukup orang dan kelengkapan. Dia seorang sahaja dr pakar yg ada dihospital tersebut. Sampai di icu kakak aku diberi tiub oksigen yg kuat untuk bantu dia bernafas. Waktu lawatan arwah ngadu oksigen tu terlalu kuat sampai dia rasa sakit dan x selesa. Tp dr minx dia bersabar dan teruskan. Itulah kali terakhir aku jumpa dia dalam keadaan sedar. Aku ingat lagi kata2 akhir dia. Hausnya akak. Akak sakit sgt. Ko tlg jaga adik2. Akak maafkan semua. Dr maklumkan andai keadaan memaksa mereka akan terpaksa tidurkan kakak aku dan masukkan tiub kedalam mulut utk bantu dia bernafas dari dalam. Dr kata sbb arwah akak aku obes jadi risiko tinggi (aku jahil medical terms mungkin explain x tepat)

Esok bila aku datang memang dr dah buat semua tu. Bapak aku yg sign surat kebenaran tu. Kakak aku ditidurkan. Aku tanya dr, dr kata mereka masih xtau apa berlaku pd kakak aku. Kaedah cuba jaya diteruskan. Aku bertegas minx dr pindahkan kakak aku ke hospital yg ada kelengkapan. Tapi keadaan dah x mengizinkan. Kakak aku bergantung sepenuhnya pada tong oksigen dan mesin2 kat badan dia tu. Kalau nak pindah kene pindah dengan semua mesin tu dan itu mustahil utk dilakukan. Apa yang tinggal hanyalah bersabar dan bertawakkal

Setiap hari aku dapat berita yang negatif dr doktor. Keadaan arwah x improve. Dr bgtau jantung akak bengkak, buah pinggang sebelah dah rosak. Tinggal sebelah je lagi yg berfungsi itupun dah teruk. Dr mintak kami sedia.

Selepas 5 hari akhirnya azan subuh dia pergi tinggalkan kami. Sampai kesudah kami xtau apa punca dia jatuh sakit. Dr hanya mengandai dia alami organ failure disebabkan jangkitan kuman. (Mcm aku cakap mayb aku explain salah sbb aku bkn dr. Tapi dr apa yg aku phm time tgh2 emosi ialah seperti aku tulis diatas)

Sebulan selepas arwah pergi adik dan makcik aku kemas bilik arwah. Akhirnya kami jumpa dua botol ubat pelangsing badan jenama "figure up". Sebotol dah abes. Sebotol lagi dah tinggal setengah. Bila aku google br aku tau ubat tu x lulus kkm dan penggunanya mmg banyak alami kesan sampingan mcm kakak aku alami. Haus, berdebar2, berpeluh melampau, sesak nafas dan sebagainya. Aku soal siasat adik2 aku yang tinggal dengan arwah. Dan adek aku bgtau arwah ada cerita dia nak beli ubat kurus. Dia kata TESTIMONI BAGUS!!. ADA ORANG TURUN BERKILO2 DALAM TEMPOH SINGKAT. Aku tanya kenapa adeka aku x halang. Dia kata aku dah nasihat so aku ingat arwah ikut. Rupanya dia beli senyap2. Kalau aku tau boleh aku bgtau dr apa terjadi. Sng dr xpayah cuba jaya utk rawat. Aku cuma boleh kata benda dah lepas hanya untuk jadi asbab sahaja. Yang pergi tetap pergi

JILAKE WAHAI ORANG YANG BERNIAGA HANYA DENGAN TESTIMONI. JANGAN JADI PEMBUNUH ATAS NAMA KEUNTUNGAN!! ESOK DEPAN MIZAN KAU TERIMA BALASAN DARI YANG MAHA ADIL!!

Ps: sekali lagi aku menyeru semua jadikan peristiwa ini satu pengajaran. Tolonglah jangan mudah terpedaya dngan Testimoni. Dan tolonglah jangan bertuhankan wang ringgit dan membunuh orang orang yang desperate mencari jalan keluar

Al-fatihah untuk arwah kakak. Semoga diampunkan dosa dan dipermudahkan urusan alam kubur dan akhirat

Aku yang merindui arwah
ASA

dipetik dari post saudara rahman baco
ambil pengajaran..

sumber : 
Dietive Health Consultant
www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon