I Am Gay
Assalamualaikum. Aku nak buat sedikit pengakuan. Pengakuan di bulan Ramadhan yg mulia. Sebelum ni aku tak terfikir nak buat pengakuan di mana-mana medium, tapi dalam beberapa menjak ni rasa macam tekanan kalau tak luahkan. At least aku luahkan supaya orang faham apa sebenarnya yang berlaku.
Pengakuan aku ialah.. aku GAY.
Ok, don’t jump into conclusion sebelum korang baca pengalaman hidup aku dan apa yang berlaku.
Aku dibesarkan dalam keluarga yang baik dan soleh solehah. Ayah dan ibu adik beradik alhamdulillah semuanya baik, tutup aurat, tak terjebak dengan apa-apa gejala sosial, hatta merokok pun kami tak pernah.
Keluarga aku bukan macam sesetengah keluarga yang dysfunctional ke, porak peranda bercerai berai ke, tak. Hidup aman dan tenang je alhamdulillah. Mak ayah tak pernah bergaduh langsung, adik beradik tak pernah maki hamun. Senang cerita, family aku the best.
Aku start ada perasaan dengan lelaki sejak tadika lagi. Aku dapat rasakan seperti ada attraction dalam jiwa. Tapi aku tak faham dan aku pendam kan je. Aku ingatkan normal dan semua orang rasa benda tu.
Masuk sekolah rendah, sekolah menengah (aku sekolah agama), sampai la ke universiti perasaan tu tetap ada dan semakin memuncak. Malah perasaan tu semakin matang sebab diiringi dengan bacaan-bacaan, research, google, dan semuanyalah sebab aku terus mencari dan mencari jawapan kenapa aku ada perasaan tu lain dari orang lain.
Beberapa bacaan aku dapati manusia cenderung menjadi Homoseksual/gay/lesbian antaranya ialah dia membesar dalam keluarga yang dysfunctional, atau dia pernah dicabul sewaktu kecil atau dia membesar dengan adik beradik perempuan dan tak ada ayah atau lelaki untuk disayangi.
Kesemua faktor-faktor di atas tidak ada kena mengena dengan aku. Family aku baik. Ayah aku sangat bertanggungjawab, adik beradik aku semua lelaki. Aku tak pernah terlibat dalam sebarang gangguan seksual. Aku jadi makin tak faham.
Ustaz dan para pejuang agama pulak sibuk berbahas dan semestinya haramkan perasaan gay, aktiviti gay,kominiti gay dan semua benda tentang gay ni sebab agama mengharamkannya. Golongan ni tak pernah pun berdialog atau sembang bertanya khabar kepada golongan macam kami. Very judgemental. Sesuatu yang tak adil.
Aku batalkan hasrat nak luahkan masalah aku kat mana-mana ustaz yang sudi mendengar, sebab rata-rata komen ustaz aku baca tentang isu ni ialah suruh kita bertaubat, berzikir, baca Alquran, berpuasa.
Memang solusi macam tu boleh calm down kan nafsu. Tapi masalahnya bukan masalah nafsu, tapi masalah nafsu yang songsang. Naluri.
Sebab tu jumpa ustaz-ustaz ni semua tak menyelesaikan masalah.
Aku tak benci agama. Aku bukan jenis tinggal solat. Aku budak surau masjid. Aku jaga puasa. Aku bukan mak nyah lembut transgender. Aku tak bangga pun ada perasaan ni. Cuma aku tak faham dan orang sekeliling pun tak berusaha untuk faham malah sibuk menghukum benda yang mereka sendiri tak faham.
Perasaan ini datang secara semulajadi dan berkait rapat dengan naluri. Alhamdulillah Allah bagi aku hampirnya semuanya. Aku tak ada masalah dunia macam orang lain. Cuma Allah bagi aku satu masalah yang sampai sekarang aku tak faham, tak dapat selesaikan dan tak ada orang boleh bagi jawapan hatta dia seorang Mufti sekalipun.
Dan 30 tahun lebih kot aku ada perasaan ni, agak-agak korang, is this worth a joke? I’m serious and i’m not joking. We are suffering.
– Hamba Allah
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon