Lelaki Trauma Selepas Menjadi Mangsa Rogol 3 Wanita

SEORANG lelaki kini trauma selepas menjadi mangsa rogol beberapa kali dalam masa tiga hari oleh tiga wanita yang menculiknya.

Derita lelaki 23 tahun itu bermula apabila dia menaiki teksi komuniti di timur Pretoria, Jumaat lalu, yang didalamnya ada tiga wanitan dan mangsa diarah duduk di depan.

Daily Mail yang memetik TimesLive melaporkan, dia kemudian disuntik dengan sesuatu bahan menyebabkan dia pengsan.

Menurut jurucakap polis, Kapten Colette Weilbach, apabila tersedar, lelaki itu mendapati dia berada di atas katil dalam sebuah bilik.

“Tiga wanita itu kemudian memaksa lelaki berkenaan minum minuman tenaga sebelum bergilir-gilir merogolnya beberapa kali sehari.

“Polis mengambil serius semua laporan kesalahan seksual tanpa mengira jantina,” katanya.

Mangsa yang ditinggalkan di satu kawasan lapang dalam keadaan separuh bogel, menumpang kereta orang awam untuk ke balai polis membuat laporan.

Jenayah dan keganasan seskual semakin meningkat dan dianggarkan lebih setengah juta kes rogol berlaku setiap tahun di negara ituy.

Jurucakap Pertubuhan Mangsa (Lelaki) Penderaan Seksual, Rees Mann, berkata hampir 20 peratus jenayah seksual membabitkan lelaki sebagai mangsa dilaporkan.

“Ramai mangsa lelaki yang tidak membuat laporan polis berbanding wanita kerana menganggap polis tidak mengambil serius kes mereka,” katanya.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon