Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter, @affaadnan telah dirakamkan oleh abangnya di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.
Dalam video terbabit, terdapat satu lembaga lengkap bertelekung sembahyang duduk dalam tahiyat akhir sambil mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran.
My bro sent me this video after Subuh today dekat rumah dia. Wallahu Alam.— IG : affaadnan (@AffaAdn) May 28, 2017
Location : Wangsa Height Condo , BA http://pic.twitter.com/NxLUQEZJtX
Tidak dapat dipastikan kesahihan rakaman terbabit namun rata-rata netizen menganggap kejadian itu perkara biasa dan sering terjadi sebelum ini.
"Abang saya bersendirian ketika itu kerana anak dan isterinya pulang ke kampung. Selepas solat Subuh terjadi perkara ini.
"Katanya, makhluk ini mengaji menggunakan al-Quran yang diletakkan di ruang tamu.
"Apa yang boleh dilakukan, dia membiarkan makhluk itu selesai bersolat dan dia meninggalkan rumah sejurus kemudian," tulis pengguna Twitter itu.
Netizen beranggapan makhluk yang dimaksudkan itu adalah jin Islam yang menumpang dan diharapkan kejadian itu memberi petanda yang baik.
"Pernah terbaca, biasa bulan Ramadhan ini roh ahli keluarga akan menjenguk anak-anak dia.
"Bahkan kalau katil kita kemas elok dan tinggalkan beberapa hari, kati itu akan ada kesan renyuk dan badan orang baring," tulis @MDNISH97.
Menerusi video tersebut makhluk itu membacakan surah Al-Baqarah ayat 107-109 yang mengandungi maksud tentang kekuasaan Allah dan kewujudan makhluk di muka Bumi.
"Bulu roma meremang baca terjemahan surah itu. Ada hikmah apa yang terjadi," tulis Rukia Chan.
Bagaimanapun, netizen masih menunggu perkembangan lanjut yang terjadi kepada keluarga tersebut yang 'berpeluang' bertemu dan melihat dengan mata kasar salah satu makhluk ciptaan Allah.

Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon