Semasa kecil sehinggalah dewasa, rumah mak ayah yang kita tinggal nak sepahkan nak tunggang terbalikkan, langsung mereka tidak kisah sebabnya itu rumah mak ayah sendiri.
Tapi, percaya tak bila anak-anak dah ada rumah sendiri, mak ayah yang bertandang ke rumah tidak berani menyentuh barang-barang anak termasuk makanan yang ada di dalam peti sejuk di dapur. Seakan janggal berada di rumah anak-anak sedangkan bukanlah orang lain tetapi anak sendiri. Pasti kisah ini pernah terjadi pada sesiapapun kan?
Tersentuh hati saat membaca perkongsian oleh seorang wanita ini tentang layanan anak terhadap ibu bapa yang datang berkunjung.Sebab mak & ayah akan rasa tak selesa
Salam…tengahari tadi saya dengar sembang Sinar di radio Sinar FM. Dj atau juruhebah rancangan Sembang Sinar Abby Fana memetik kata kata seorang ustaz mengenai ” Rumah Mak ayah, rumah Anak anak ” . Tersentuh hati saya dan menitis air mata saya bila Abby Fana baca petikan ini :
”Rumah Mak ayah, biasanya adalah rumah anak juga, mereka bebas makan, berkemas dan buat apa saja tanpa ada halangan dari mak ayah. Tapi Rumah Anak belum tentu boleh jadi rumah mak dan ayah, sebab ayah dan mak kita akan rasa tak selesa nak buat rumah anak macam rumah mereka sendiri. Kadang tu nak makan apa apa dalam peti sejuk kat rumah anak pun minta kebenaran anak. Nak ubah dan kemas itu ini pun minta persetujuan anak. Sebab ada anak yang tak suka mak ayah buat rumah mereka macam rumah sendiri. Tapi mak ayah tak pernah kisah, anak-anak nak buat apa pun kat rumah mereka , sebab bagi mak ayah rumah itu rumah mereka bersama, rumah yang mak ayah tanam dan tabur kasih sayang antara mereka”
Saya setuju dengan kata2 ustaz ni. Memang ada anak2 yang sangat cerewet dengan mak ayah sendiri. Ada yang cakap ” kalau rumah mak dan ayah sendiri boleh lah buat macam tu, ni rumah saya biar saya yang uruskan, mak ayah jangan masuk campur ” Kata2 ini sangat pedih bagi ibu dan ayah sebab mak dan ayah kita tak pernah berkira dengan kita walau terpaksa berkorban wang ringgit, harta benda dan tenaga. Tapi memang ada anak2 yang sangat berkira dengan ibu ayah mereka. Mereka lupa hidup ini satu putaran.
Saya teringat arwah mak yang pernah tinggal dengan saya. Dia tidak akan buat apa2 keputusan kalau tak tanya saya. Walau pun nak masak dan nak ubah perabut dibilik yang dia tinggal. Dia mesti mintak kebenaran saya, dia takut saya tak suka. Tapi saya bagitau arwah mak. ” Rumah Atie ni rumah mak jugak….mak buat lah apa mak suka” Alhamdulillah dia selesa dengan saya sampai dia menutup mata dipangkuan saya lima tahun yang lalu. Semoga anak2 yang masih ada mak dan ayah….hargai kedua ibubapa jangan terlalu cerewet dengan mak dan ayah sendiri. Begitu juga menantu, jangan banyak berkira dengan mertua, sebab mereka juga mak dan ayah kita. Jika hari ini kita cerewet dengan mak ayah kita nanti kita tua anak kita pula buat perkara yang sama pada kita. Fikir2kan…..
www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon