Penyanyi Wany Hasrita menyambut kemeriahan Aidilfitri tahun ini di rumah baru.
Baru sahaja berpindah pada Mei lalu, Wany mempunyai perancangan untuk mengadakan rumah terbuka untuk keluarga dan teman rapat.
"Saya baru sahaja berpindah ke kediaman baru pada pertengahan Mei lalu. Sebelum ini, saya menetap di Semenyih, agak jauh dari pusat bandar.
"Semenjak bergelar penyanyi, jadual saya agak sibuk dan saya selalu ditemani ibu saya sering pulang ke rumah lewat malam dan hari berikutnya, awal-awal pagi lagi saya telah keluar.
"Kini selepas berpindah ke Cheras, urusan kerja lebih mudah. Insya-Allah saya menyambut raya di rumah baru tahun ini dan jika berkesempatan, saya mempunyai perancangan untuk mengadakan rumah terbuka untuk keluarga dan teman-teman rapat," kata Wany.
Bercuti selama seminggu sebelum kembali memulakan tugas, Wany juga sempat berhari raya di kampung halamannya yang terletak di Bagan Datoh, Perak.
"Saya pulang ke kampung halaman di Bagan Datoh, Perak. Tahun ini merupakan tahun pertama saya menyambut kemeriahan Syawal selepas nama dikenali sebagai seorang penyanyi.
"Saya bersyukur kerana dapat meraikan hari bahagia ini bersama keluarga tersayang. Saya juga mengambil kesempatan untuk bercuti selama seminggu sebelum memulakan tugas," katanya lagi. - kaki share
www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon