Rakyat Malaysia memang baik hati dalam soal derma yang mungkin menjadi sebab utama kenapa makin ramai peminta sedekah muncul bak cendawan sehingga warga asing pun meminta sedekah.
Baru-baru ini, seorang netizen menyaksikan seorang wanita yang sudah berumur mengambil kesempatan di atas kebaikan hati rakyat Malaysia apabila meminta sedekah sekitar kawasan KL Sentral.
'Wanita ini yang berbaju blouse warna pink selalu muncul di KL Sentral. Dia akan meminta duit dari orang ramai dengan memberi alasan tidak mempunyai duit untuk membeli tiket.'
'Saya bekerja di sini hampir 10 hari dan setiap hari saya akan berjumpa dengan dia di KL Sentral. Saya sudah membuat laporan kepada polis dan mereka mengesahkan wanita itu memang selalu meminta duit dari orang ramai di KL Sentral.'
'Apabila anggota polis mendekatinya, dia akan pergi ke arah bertentangan untuk mengelak dari pihak polis.'
Selepas status yang ditulis menjadi viral, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman yang sama.
'Wanita yang sama itu juga pernah meminta duit dari saya tapi saya tak bagi. Dia kemudian meminta dari meja sebelah dengan alasan dia tidak mempunyai duit untuk membeli makanan. Apabila dia berjaya mendapatkan duit, wanita itu berpura-pura beratur untuk membeli makanan dan kemudian menghilangkan diri'
Wanita itu juga telah lama melakukan kegiatan ini sejak dari 2013 lagi!
'Wanita ini juga pernah meminta duit ketika saya pulang dari sekolah. Masa tu tahun 2013. Dia memberi alasan mahu pulang ke Ipoh tetapi dia duit. Jadi saya memberi cadangan untuk ke balai polis untuk meminta bantuan. Tapi dia cepat-cepat pergi selepas mendengar perkataan polis'
Mereka yang mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain hanya memberi kesan buruk kepada mereka yang benar-benar memerlukan. - www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon