"Syukur Dia Tolong Saya" - Ibu Tunggal Tampil Jelaskan Keadaan Bawa Anak Naik Motor Untuk Pulang Berhari Raya


Semalam, viral sebuah video dan gambar seorang ibu tunggal yang gigih menunggang motosikal bersama anaknya dan menempuh perjalanan jauh untuk pulang berhari raya. Ibu tunggal tersebut, Norle Azura Muhamad,33 tampil menjelaskan keadaan. 

Dia bersyukur kerana jika Norbaya tiada membantunya ketika itu, dia tidak tahu bagaimana tiga beranak itu mahu berdepan dengan dugaan yang menimpa. Pertemuan Norle dan Norbaya itu berlaku ketika Norle dalam perjalanan pulang ke rumah selepas beraya di Temerloh, Pahang. 

"Saya ditegur oleh Norbaya dengan panggilan 'Abang' ketika melalui lebuh raya berhampiran R&R Gambang kira-kira jam 6 petang. Saya terkejut apabila orang panggil 'Abang', saya ingatkan mereka tersalah orang. 

"Namun apabila beberapa kali disuruh berhenti, saya ikutkan saja kerana mungkin ada perkara yang mereka hendak beritahu," memetik dari laporan Harian Metro. 

Norbaya menyatakan hasrat ingin membantu dengan menumpangkan kedua-dua anak Norle hingga ke kawasan R&R Genting Sempah sebelum meneruskan perjalanan masing-masing. Pada mulanya Norle agak malu kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa tetapi setelah dipujuk banyak kali akhirnya Norle setuju. 

Bantuan dari Norbaya itu tepat pada masanya kerana motosikal yang dibawanya hampir kehabisan minyak selain tayar motor tiba-tiba pancit ketika melalui Lanchang. Wanita tersebut terpaksa masuk ke Karak untuk membaiki motornya sebelum sampai ke perhentian Genting Sempah. 

"Ketika itu hanya tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya saya. Jika tiada Norbaya sekeluarga, saya pun tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan kesusahan itu bersama anak-anak,"

Norle selamat tiba di rumahnya di Taiping kira-kira jam 10 malam kelmarin. Norle menjelaskan tindakannya itu membawa kedua-dua anaknya menaiki motosikal kerana itu sahaja yang mampu dilakukannya untuk menunaikan hasrat anak-anaknya beraya di Temerloh. 

Wanita itu tekad untuk ke Temerloh berbekalkan motosikal jenis Yamaha 135LC dan menempuh perjalanan hampir enam jam ke Temerloh selepas melihat riak wajah anaknya yang kelihatan sugul di pagi raya. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon