" Kau Ingat Jodoh Tu Macam Beli Sayur Boleh Tawar Menawar ? "


Petikan dari laman iiumc.com tentang jodoh lambat !

Aku perempuan, umur hampir mencecah 30, tinggal di KL. Dan masih solo. Kadang tak faham kenape adik-adik yang umur awal 20-an kalut fikir soal jodoh.

Faham, bagus kalau rezeki jodoh tu sampai awal. Takde bantahan dari pihak aku. Tapi yang rezekinye lambat sedikit, kenape sampai kalut up2 status seolah minta simpati sebab masih solo. Hashtag foreveralone bagai.

Life goal kau sampai perkahwinan je ke? Seolah-olah, perkahwinan tu destinasi terakhir hidup korang. I am not promoting singlehood here. Tapi, adik-adik tak pernah ke terfikir, hidup solo lame tu, bagi kite rezeki mase untuk hidup dengan ibu bapa kita lebih lama. Rezeki kite mengenal kemampuan diri sendiri sampai level mane. Rezeki kite belajar berdikari. Rezeki kite perbaiki kelemahan diri. Banyak lagi kalau nak disenaraikan.

Rezeki datang dalam pelbagai bentuk. Bukan dari persepsi jodoh je. kadang tu tipu la tak terdetik sikit pun dalam hati ni nak berpasangan. Kau ingat aku tak terase ke tengok gamba korang suap2, matchy2 kaler baju time raye. Tapi, akak rileks dik. Akak bagi like sume gamba-gamba sweet korang. Sebab tumpang gembira kawan-kawan gembira.

Usaha, yes usaha. Doa, yes doa. Tahjud, yes tahjud. Tapi kalau Allah kate bukan dan belum lagi rezeki untuk kau, maka belum lah. Sabar.

Kadang segelintir spesis ni tak faham term “belum sampai jodoh” selalu dibalas dengan “jual mahal sangat”. 

Dik, kau ingat carik jodoh ni macam jual sayur kat pasar boleh tawar menawar? Senang gitu je nak pilih. Ingat carik suami macam carik kerja? Lain. Carik kerja ni, u “selling” yourself in an interview to get your dream job in your dream company. 

Kau boleh dump resume bersepah sepah dekat mane-mane company, eagerly searching for a job that you really want dan tunjuk kemampuan kau yang terbaik sebab nak sara diri kau sendiri dan famili.

Carik jodoh ni lain. Kau tak boleh tibe-tibe datang kat orang, cerita dari A to Z tentant kebolehan diri kau dan cakap kau nak dia. Tak relevant. Mungkin akan ade orang cakap, saidatina khadijah dulu pun, meminang Rasulullah saw dulu. Tapi itu zaman nabi. Zaman sekarang ni, teramatlah susah nak carik lelaki yang baik , rasional dan bertanggungjawab. Kalu ade pun, sudah berpunya.

Kadang ade orang pertikaikan, kenape mase zaman uni dulu tak carik. Yes, kadang memang khilaf diri sendiri. Tak terfikir kawan dengan lelaki tu serius ke tak. Kadang ingat, yang dah ade tu memang ikhlas berkawan dengan kita tapi rupanya putus tengah jalan, kalau time tu kau dekat uni lagi takpe, boleh la lagi nak carik lain. Ni kalau tiba-tiba putus, masing-masing sudah bekerjaya. Pergi ofis, kiri kanan depan belakang atas bawah kau laki orang da. Tak ke sedih cerita tu. (Aiii, macam cakap dekat diri sendiri hehe).

Tapi betul, wanita yang approaching 30 ni, the struggle is real. Kau tak tahu diaorang ni malam-malam menangis sampai ke ceruk bucu dinding sbb nak release stress. Kadang tu sampaikan bila jalan jem, kau start tengok keter kt sebelah, mane tau jumpe jodoh? Naik lif, tgk abang maintenance tengah repair lif, mane tau jodoh? Turun tangga, bukak pintu mana tau jumpe jodoh? Banyak lagi la perangai kalau nak list kat sini. Eleh, jgn tipu la kalau korang cakap tak pernah berharap macam ni hehe.

Soalan bile nak kawen tu, sebenarnya bagi aku bukan satu isu. Jawab je lah dengan tenang, inshaallah kalau ade rezeki, doakan. Simple. Ni sampai nk emo-emo up status marah-marah makcik nape? (Tu pun kalau betul makcik kau tanye, opss).

Rileks, istighfar banyak-banyak kalau rase nak marah. Diaorang tu concern je lebih. At least ade jugak orang kesah pasal kau kan. Anyway, enjoy la single life korang sehabis baik. Life comes once, not twice. Cari hobi baru yang bermanfaat, belajar skill baru macam mane nak repair paip bocor ke, belajar macam mane nk parking keter beradab sikit tak senget ke, perbaiki diri, kumpul aset, pergi travel dan lihat dunia luar macam mane. Inshaallah, otak tu tak la tertutup sangat.

Hidup ni banyak sangat perlu di explore. Jangan pernah berkiblatkan kate-kate orang. Biarla orang nak cakap ape pun. Macam laaa dorang tu yang nk sponsor kau kawin nanti ye dak? While a relationship is a good gift to look forward to, just make sure you don’t miss out on the gift that is right now. Count your blessings. Alrite geng, assalamualaikum and good luck.

– sistabah


www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon