Lelaki Luah Jatuh Hati Kepada Bekas Kekasih Walaupun Wanita Itu Telah Jadi Isteri Orang Kena Kecam Dengan Netizen


Saja cari nahas. Itulah yang boleh disimpulkan oleh luahan hati lelaki yang tidak bernama ini namun netizen tetap mengecam lelaki yang tidak tahu bersyukur dengan apa yang sudah ada di depan mata. Lelaki ini meluahkan masalahnya di laman Facebook Kisah Rumah Tangga.

Perkahwinan yang telah dikurniakan dengan empat cahaya mata, namun hati masih tetap mahu kembali kepada bekas teman wanita selepas terserempak kembali kekasih lama. Malah terdetik di hati ingin membawa lari bekas teman wanitanya itu. 

"Saya seorang suami dan bapa kepada empat orang anak. Masalah saya, saya jatuh cinta semula dengan ex saya yang asalnya kami telah bersetuju untuk menjadi abang adik (angkat). Tetapi hati saya tak boleh melupakan dia biarpun sudah puas mencuba. 

"Dia juga telah menjadi isteri orang dan saya tak salahkan dia. Dia tidak menganggu rumah tangga saya pun. Malah dia cukup menyampah jika terserempak dengan saya. Annoying katanya. 

"Tetapi semakin dia melarikan diri, semakin hati ini makin kuat menyayangi dia. Dia istimewa. 

"Lagi seminggu mahu merisik, dia putuskan hubungan apabila mendapat tahu yang saya adalah suami orang. Tetapi lelaki boleh kahwin empat, bukan? Macam manalah saya mahu mendapatkan dia semula?"

Walaupun tidak mahu netizen mengecam luahan hatinya itu, tetapi netizen tetap menganggap lelaki tersebut tidak tahu bersyukur dan hanya bertuhankan nafsu. 

'Dah dia bini orang, jadah apa kau nak pergi merisik, b*b*?!' komen salah seorang netizen. 

"Cuba bayangkan kalau ada lelaki yang tergila-gilakan isteri kau. Tak ke naya?" kata Siti Nur Hazwani. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon