Menangis tu bukan tanda yang kita ni lemah

Thank you yang bagi kata kata semangat, doa doa yang baik. Aku nak tekankan kat sini, post aku bukan nak galakkan bercerai. Hadirin hadirat sekalian, kan aku kata kalau boleh selamatkan rumah tangga tu, selamatkan la. 

Selagi dia bukan segala kaki, jangan la ngada2 mintak cerai .Korang masing2 dah matang kan? Pepandai fikir mana yang betul. Post tu aku tujukan untuk orang yg dalam proses cerai dan baru bercerai. Aku tak pernah galakkan orang cerai, kalau boleh taknak orang terdekat aku ni rasa apa yang aku rasa. Dan aku tak pernah salahkan takdir. Bagi aku, menangis tu bukan tanda kita lemah. Ada satu komen tu kata aku tak move on sepenuhnya. 

Ya, kita sama sama janda. Aku cuma nak cakap, sakit kita pedih kita, takkan sama dengan sakit dan pedih orang lain. Our journey tak sama, sebab kita cerai pun berbeza, proses move on kita lain lain. Cukuplah aku tau yang aku bukan menangis sebab teringat laki or salahkan takdir. Stigma menangis itu tanda lemah kena tukar. 

You can express happiness through a smile, so why hide your sadness? Why hold back the tears? Some people may view others who cry as weak, but people who cry are actually very far from it. Tahukah anda orang yang menangis ni level empathy dia tinggi? Kitorang lagi pandai jaga perasaan orang. Kitorang bukan jenis yang bila kawan share dia dah divorced, kau terus tanya ‘kenapa kau kawin dulu dulu?’ Haha. Sebab tu aku cakap, orang yang ada masalah divorce ni kadang2 takut nak share masalah diorang sebab macam ni la. Kitorang nak positive vibes je. 

Takde sape kawin sebab nak cerai, kak. Ni bukan drama tv3 konon konon kawin sebab nak dapat 3juta lepastu cerai. I believe that Allah has a bigger plan for me. I have learned that I couldn’t save my marriage but I have been given an opportunity to re-establish my relationship with Allah. If we fix that relationship, He will take care the rest. Kan? Rukun Iman requires that a Muslim believe in Qada & Qadar. This is all the decree of Allah SWT & as hamba yang beriman we must accept it & know that Allah SWT is Al-Rahman & Al Rahim.He knows, while you know not. So kurangkan lah rasa nak judge orang. Bulan mulia ni, sis. 

 Aku je yang tau macammana aku struggle sampai jadi kuat macam hari ni. Ex husband aku bukan kaki pukul. But i was abused emotionally. Aku tuntut cerai atas sebab penderaan mental dan emosi. Kau happy tak bila baru kawin sebulan then kau found out laki kau message dengan perempuan lain cakap i love you bagai on your solemnization day?it was on the 1st day of your marriage. Belum lagi aku cerita tiap minggu laki aku ada pompuan lain, aku tido dalam kereta depan rumah, kena halau keluar bilik sebab laki aku tak suka aku nangis sebab bising. Ha tu baru sikit Karang kalau aku cerita semua benda yang jadi, admin suruh aku post kat KRT pulak. Hahaha. 

Aku mengaku aku memang ada low self esteem lepas kawin. (Yela aku ni takde la hodoh sangat tapi laki aku tu nak jugak ada pompuan lain, mesti la aku down haha). Dah 6 bulan aku pegi psychotherapy session. InshaAllah rasanya dah tak payah on medication bulan depan, bersyukur sangat aku dapat recover. Takde sape pun yang nak kawin sebab nak cerai,sebab nak dapat major depression disorder kan? Our battle ni lain lain, kalau ko tak setuju dengan confession aku, tak payah komen. Baca la confession orang lain. Hahaha Untuk janda janda sekalian, 

Aku bersyukur sebab ramai lagi golongan kita yang mampu berdiri di atas kaki sendiri. Yang berani walk away from a toxic relationship. Biar lah apa orang nak kata. Kita je faham kenapa kita memilih untuk bercerai. Biarlah kita je yang nampak yang divorce ni is actually a gift from Allah. Yang komen takut takut tu, Korang takut apa? Hahaha. Pegang kata kata ni “you just met the wrong person, it’s not the end of the world. Mencari pasangan ni boleh di ibaratkan macam mencari telur dalam bakul. Maybe kali ni kau tersalah pilih telur busuk. Its okay. Keep digging. But this time, be selective. Cari betul2, take your time. Guna segala pengalaman yang ada, semoga dapat telur yang cantik.” 

Pasal support group tu, kalau ramai lagi yang minat, aku rasa tak salah kita buat. Senang untuk kaum perempuan bercerita, share kat mana kaunselor yang bagus untuk pegi, share tipsmive on, maybe boleh buat hiking or diving trip or apa apa activity sama sama. Group tu untuk wanita sahaja (yang putus cinta, yang tengah otw divorce, dan untuk janda janda yang fabulous!) Kalau berminat, sila type ON WANITA BESI. Nanti aku add la korang masuk group. Kalau rasa korang banyak masa tu, tolong la fikir nak bagi nama group apa, comment terus. Hahaha Dari wanita untuk wanita. With brave wings, let’s fly together!


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon