Wanita Kongsi Pengalaman Anaknya Hampir Diculik Oleh Seorang Wanita Berumur Di IOI Mall Puchong


Semalam kecoh di media sosial satu cubaan untuk menculik seorang budak-budak lelaki berlaku di IOI Mall Puchong, Selangor yang menyebabkan ibu bapa dan keluarga mereka dalam keadaan terkejut. Nasib baik, budak lelaki tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan penculik berkenaan berjaya melarikan diri. 

Ibu bapa yang tidak mahu dikenali itu menceritakan semula kejadian yang menimpa keluarganya itu dalam satu temubual oleh wartawan The Star.

'Ketika kami di dalam pusat membeli belah tersebut, anak saya mula menangis kerana kamim tidak mahu mendukungnya. Tiba-tiba ada seorang makcik lewat 50-an mendekati kami dan menjerit di depan kami'. 

Benda pertama yang dia cakapa ialah 'Bila kau nak mati? Dah berapa banyak budak yang kau culik!'

Pada mulanya keluarga tersebut ingatkan wanita tersebut mengalami masalah mental tetapi kami kemudia sedar ada sesuatu yang tidak kena. Kami memeluk erat anak kami untuk melindunginya. Wanita itu tidak berani melakukan apa-apa kerana ada tiga orang dewasa menjaga anaknya. 

Menurut keluarga mangsa, wanita yang sudah berumur itu memakai baju berwarna oren denga corak bunga dan mempunyai rambut paras bahu dan berseorangan ketika kejadian. 

'Ibu saya terus melaporkan kejadian kepada pengawal keselamatan dan wanita itu kemudian bercakap mengenai perkara yang kami tidak faham. Dia kemudian menuduh kami memecah masuk ke dalam rumahnya dan mencuri barangan dan mencederakan dirinya'

'Saya dapat rasa dia cuba untuk memanupulasi keadaan supaya orang ramai anggap anak kami yang sedang menangis itu diculik oleh kami. Ini memudahkannya jika wanita itu ingin mengambil anak kami secara paksa'. 

Ketika nenek kepada keluarga itu mahu menelefon polis, wanita yang gila itu menjerit dan menyuruh menunjukkan kad pengenalan kepadanya. 'Ketika itu semua orang sedang melihat dan kami tidak mahu orang salah anggap dan kami terus ke pondok keselamatan'.

'Selepas pengawal keselamatan muncul, wanita itu terus menghilangkan diri. Saya rasa wanita itu memilih kami sebagai mangsa kerana anak saya sedang menangis'. Ibu kepada budak lelaki itu sangat terkejut kerana wanita itu sudah berumur dan mahu melakukan perkara yang tidak elok. Jika mereka terus melayan wanita itu mungkin anak lelakinya sudah diculik. 

Ibu bapa yang mempunyai anak kecil haruslah lebih berwaspada dengan modus operandi untuk menculik anak-anak keran taktik mereka semakin hari semakin licik. 



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon