Gadis Usia 15 Tahun Hilang Selepas Pergi Beraya Bersama Teman Lelaki


Sepasang suami isteri di Padang Besar bimbang tentang keselamatan anaknya yang dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar beraya. Remaja berusia 15 tahun itu keluar Rabu lepas bersama kenalan lelakinya yang menunggang motosikal Yamaha LC135 berwarna putih.

Menurut laporan Berita Harian, Rabiatul Sharafana Abdul Razak atau panggilan mesra Syasya kali terakhir dilihat di FELCRA Lubok Sireh.

Menurut bapaya, Abdul Razak Jaffar Aji, 55, berkata pada hari itu Syasya ada meminta izin untuk keluar beraya ke rumah gurunya di Titi Tinggi, di sini, namun tidak pulang sehingga senja.

"Saya sudah buat laporan polis mengenai kehilangan anak perempuan tunggal saya itu, selain turut menghebahkan berita kehilangan Syasya melalui WhatsApp dan Facebook," kata Abdul Razak.

Usaha mencari Syasya di rumah kenalannya juga menemui kegagalan dan kes disiasat sebagai orang hilang.  - www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon