Sebagai ibu bapa, anak-anak mungkin anugerah terbesar dalam hidup. Mungkin ini yang dirasakan oleh ibu malang ini setelah dia tidak sengaja menyebabkan kematian 5 anaknya dalam satu kemalangan yang penuh tragik.
Kemalangan yang berlaku di Jiangsu, China bermula apabila tujuh ahli keluarga merancang untuk meluangkan masa bersama dan berasak di dalam satu kereta. Ibu yang berusia 39 tahun itu baru sahaja memperoleh lesen kereta dan ingin memandu manakala suaminya duduk di sebelah pemandu untuk memberi panduan.
Lima anak mereka duduk di bahagian belakang dan sejurus kenderaan mereka mahu keluar dari simpang, ibu mereka sepatutnya menekan brek tetapi dengan tidak sengaja menekan minyak yang menyebabkan kereta mereka meluncur ke depan dengan laju. Ketika itulah tragedi tersebut berlaku kerana di depan mereka ialah sebatang sungai yang besar dan kerete mereka terjunam ke sungai berkenaan.
Orang ramai yang menyaksikan kemalangan tersebut bergegas untuk membantu keluarga berkenaan dan terjun ke sungai berkenaan. Malangnya mereka hanya sempat menyelamatkan pasangan suami isteri tersebut dan tidak mampu untuk menyelamatkan anak-anak mereka yang terperangkap kerana arus sungai yang deras.
Wanita tersebut terus menyalahkan diri sendiri sepanjang misi menyelamatkan lima anaknya. Dia turut memukul dirinya sendiri dan juga mahu membunuh diri kerana terlalu sedih memikirkan nasib anak-anaknya.
Pasangan suami isteri tersebut kehilangan 4 anak perempuan dan seorang anak lelaki masing-masing berumur 7 dan 17 tahun. Pihak berkuasa negara China sedang menyiasat perkara tersebut. - www.kakishare.my
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon