Baru-baru ini pengendali laman Facebook RapidKL memuat naik gambar patung Annabelle di dalam tren MRT dan di sebuah stesen LRT.
Ianya bertujuan supaya pengguna MRT menjaga tingkah laku dan tidak berbuat onar ketika di dalam tren.
Mungkin ingin menumpang populariti, kelibat lembaga putih berbungkus dipercayai pocong telah muncul di Stesen MRT Cheras. Pocong itu berjaya dirakam oleh CCTV dan menjadi bualan hangat netizen sama ada di Facebook mahupun Twitter.
Malah ada yang berasa seram untuk menggunakan perkhidmatan pada waktu malam kerana bimbang akan terserempak dengan kelibat berbungkus itu.
Namun, kejadian itu belum dapat disahkan kerana kesahihannya malah tarikh dan lokasi sebenar belum berjaya dikesan. Namun, segelintir netizen menganggap gambar tersebut telah disunting menggunakan aplikasi khas dan disebarkan oleh pihak bertanggungjawab.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon