Jijik dan tidak bertamadun betul lelaki ini. Sebuah rakaman video dari laman Facebook Shanghaiist memaparkan seorang lelaki dengan selambanya 'melepaskan hajat' di dalam sebuah bas yang dipenuhi orang ramai.
Menerusi rakaman itu, lelaki berkenaan dilihat sedang mencangkung sambil mengeluarkan beberapa helai tisu sebelum mengelap duburnya selepas selesai melepas hajat.
Pasti 'harum' aromanya! Kasihan penumpang lain yang dilihat kurang senang dengan keadaan itu disamping terpaksa menahan bau kurang menyenangkan.
Paparan video memaparkan najisnya kelihatan cair. Tak tahan sakit perut gamaknya sehingga tidak dipedulikan langsung orang sekeliling yang memerhatikannya.
Sehingga kini perkongsian itu menerima lebih 200 ribu tontonan serta lebih 3 ribu like.
Netizen mengecam tindakan lelaki itu yang disifatkan mementingkan diri sendiri sehingga menyusahkan orang lain kerana terpaksa menahan tusukan aroma busuk itu.
Nasiblah kejadian ini bukan berlaku di negara kita. Kalau tak, sudah tentu lelaki berkenaan di'kicap'kan.
- www.kakishare.my
___________________________
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon