"6 Tahun Aku Bercinta Bagai Nak Rak, Akhirnya Kau Pergi Tinggalkan Aku"


Aku bercinta hampir 6 tahun. Dengan seorang yang sebenarnya tidak pernah mencintai aku (action speaks louder than words). Kenapa aku stay lama sangat? Sebabnya satu. 

Aku terlampau taksub dengan cinta manusia dan menggagumi lebih dari segalanya. Bahagia memang bahagia sebab bersama dengan orang yang kita sayang walau terpaksa rasa sakit tak ada hal. 

Tapi sampai satu saat semuanya macam tak dapat lagi aku terima. Kami berpisah. Masa tu aku rasa dunia hampir kiamat.

Menangis, meraung macam orang tak ada agama. Namun Allah masih baik dengan aku. Dia datangkan orang untuk sedarkan aku. 

Aku hampir lupa tujuan aku hidup sebab terlalu taksub dengan cinta yang penuh dengan maksiat. Tapi syukur seribu rahmat, Allah masih beri kesempatan untuk aku merasai cintaNya. 

Cuba untuk bangun dan kembali untuk berharap sepenuhnya kepada Allah SWT. Sebenarnya tak susah nak elak diri dari murung putus cinta. 

Memang tak dinafikan retak hancur hati sebab kene tinggal dan lagi bila tengok bf/gf ada yang baru. Tapi kau bayangkan Nabi kita sedih mcm mana tengok kita dok bergelumang dengan dosa tanpa rasa bersalah.

Aku anggap semua yang jadi adalah teguran Allah kerana masih sayangkan aku. Aku cuba untuk redha atas segala yang jadi. Bersangka baik dengan Allah dan yakin Dia akan gantikan dengan sesuatu kelak, pasti. 

Kadang perasaan yang dihasuti dengan hasutan syaitan buat kita rasa sedih yang amat tapi tiap kali perasaan tu datang cepat2 tepis dengan istigfar dan ingat balik dosa kau buat supaya kau dapat terima mungkin ni peringatan untuk kau.

Alhamdulillah, aku kini makin kuat. Kalau dulu mungkin solat pon tak penuh sekarang tak lagi. Hati pon makin tenang. Benarlah jodoh itu semua memang rahsia Allah. Biarlah bila tiba masa nanti adalah. 

Untuk sekarang aku nak kembali kepada tuhanku. Nak belajar jadi islam yang sebenar. Semoga Allah redha. Untuk yang patah hati dekat luar sana. Jangan risau, kembali mohonlah kepadaNya supaya diberikan jodoh yang baik dan pada masa yang tepat. 

Jangan pernah merungut atas apa yang dah jadi, cuba untuk redha dengan segala yang Allah dah tulis untuk kita. Lastly jangan melayan perasaan sebab tu lagi buat kita hanyut dalam sedih yang buat kita lagi jauh dari tenang


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon