"Aku Berdosa Pada Mak Dan Ayah Kerana Berterus Terang"


Mak2 kat luar sana mesti mendoakan yang terbaik kan buat anak2 semua? Tapi sedar tak sedar, anda dah mendoakan yang terburuk buat si anak..

Malam tadi,.. aku chat mak aku, tanya brita dia,adik2, dan ayah..aku teringat tentang khabar yang aku dengar..jadi aku terus tanya mak aku, ‘mak, mak x benarkan isha(bukan nama sebenar) kerja kat KL eh?’..mak jawab, ‘entahlah, susah nak jawab’..aku tanyalah kenapa, mak x jawab. 

Aku cakap kat mak, slagi aku x dapat capai impian aku, aku x dapat balik..aku dah lama cari kerja kat temlat sendiri, 1 tahun lepas grad maaih x dapat lagi. jadi aku merantau ke negeri orang. aku dapat training, tapi bukan rezeki aku jadi aku tak diserap. aku kerja partime sambil2 apply kerja kat sini, sebab kat KL peluang kerja besar.

Dah 2 bulan lepas training dan tengah kerja sambil2 cari kerja bagus demi hidup aku, orang lain xtahu aku berkorban demi nama baik mak bapak aku. pernah satu hari ni, ayah aku perli aku depan kawan2 dia, ‘belajar sampai degree kerja kilang xda masa depan’..masa tu aku baru lepas balik kerja duduk sekali dengan tetamu. 

Aku terus diam dan masuk bilik sebab terkilan. satu hari ni pulak, mak aku marah aku depan kawan2 dia, ‘dia ni tak pandai nak tolong mak kat rumah,baik tak payah kerja’..memang selalu aku penat gila sebab kat tempat kerja memang aku mati matian angkat kontena berat2, kerja dari pagi 7 sampai 6 petang, balik kena redah hujan bawak moto..aku just mintak mak faham..malam pulak aku mengajar budak2 tuisyen hanya dapat rehat sekejap masa maghrib. 

Kat sini aku nak bagitau, aku cari duit sendiri nak bayar hutang dan belanja sendiri sebab aku malu nak mintak duit dengan mak bapak. lagipun aku pernah try kat mak nak tengok apa dia balas bila aku cakap ‘mak xpayahlah bagi duit dekat isha, anak2 mak ramai lagi kat bawah tu’..then mak just cakap ‘ye, tula..mak xdapat nak bagi kau duit’..aku tahu dari dulu lagi aku kena mengalah demi adik2 aku..terutama yang masih sekolah rendah tu. 

Nak harapkan bapak aku, kerja laut..xtrima gaji bulan2 macam bapak orang lain. mak pulak x kerja. kakak ada suami dah, xkerja gak. jadi aku rasa aku lah yang patut tolong family.

Sekarang aku kat KL, mak bapak aku xtahu aku sakit ke, xmakan ke, pergi balik kerja jalan kaki ke..sebab aku memang xnak dorang tahu. aku xnak dorang susah hati. Tapi malam tadi, aku dah buat dosa, dosa berterus terang bila aku baru tahu aku pun ada hati dan perasaan.

Mak, biasalah hatinya mudah terluka, dia kecik hati kat aku, bila aku kata ‘doakan anak jangan separuh2, doakan impian anak tercapai dengan ikhlas’..sebab aku tahu mak aku tak suka aku cari kerja jauh2, lagi2 kerja yang aku minat. sebab mak aku pernah bergaduh kat ayah aku pasal xsuka aku kerja aliran yang aku ambik. 

Dia nak aku ikut pilihan dia. Lagi satu dosa aku, aku keras hati, xnak mak bapak atur hidup aku dalam pelajaran dan kerjaya, jadi aku dari lepas spm aku amik course yang aku nak. Sekarang aku dah berjaya habiskan study, aku usaha capai impian aku. Dan aku tahu aku baru dapat restu seorang ayah, belum restu si ibu. Korang bayangkan, kerja jauh2 kat negeri orang tapi xdirestui..

Mak kecik hati, dosa aku lah tu..hmmm..kesian mak, anak harapan keluarga ni dah buat dia sedih..tapi korang lagi sedih bila kalau mak korang cakap kat korang macam ni, (mak kat sini berulam hati berulam jantung Allah saja yang tahu, kalau kau dah jadi mak nanti kau akan tahu macam mana mak rasa, kau tunggulah kau jadi mak nanti’..aku sedih. 

Mak aku sendiri mendoakan aku alami apa yang dia alami. Aku pun xpernah mintak mak aku tahu perasaan aku kat perantauan ni macam mana. Mak xtau, anak yang berdosa ni, kerja pagi balik malam, kat rumah sewa tu malam dia pulak xtido sampai 3 4 pagi buat kerja partime lagi..sampai harini xpernah meluah kat sape2..orang gelak aku gelak, aku nangis pun sembunyi2..

So, nak mintak korang tahu, aku taknak aku yang dah berdosa ni, di doakan macam tu oleh mak aku sendiri..aku nak pesan kat korang, dan kawan aku selalu pesan kat aku gak. Kalau nak apa2 tu, kalau rasa apa2 tu, ada rasa2 yang nak kene bagitahu mak ayah kau, kau bagitahu, kene bagitahu, biar kau dapat restu tu awal2, dan last2 nanti kau xkan tersiksa hati dan perasaan kau..buat pengetahuan korang, jangan jadi aku, dah jadi baru bagitahu..aku banyak dosa tau..jangan berdosa macam aku..assalamualaikum.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon