Bagi RM200 Untuk Tambah Nilai Touch N' Go, Tapi Dapat Hanya RM100 Saja


Anda pernah periksa baki kad Touch 'n Go selepas ditambah nilai? Pernah berlaku masalah tak cukup nilai? Jika ya, anda senasib dengan pengguna ini!

Pengguna kad Touch 'n Go hampir sahaja berputih mata kehilangan wang bernilai RM100 jika dia tidak menyemak baki kadnya selepas ditambah nilai baru-baru ini.

Dia memuat naik sebuah status untuk berkongsi pengalamannya itu di akaun Facebook menggunakan nama Wong KH.

"Saya beri RM200 kepada jurutol dan memintanya untuk menambah nilai dengan jumlah sama pada kad saya.

"Namun, apabila saya semak baki nilainya cuma RM100 sahaja dan bertanya kepada jurutol. Dia itu hanya berkata 'maaf maaf' sebelum menambah baki tambah nilai sepatutnya," tulisnya.

Menerusi entri itu, Wong dapati terdapat pengguna lain yang turut berkongsi masalah sama dan memberi peringatan kepada pengguna lain agar sentiasa beringat supaya memeriksa baki pada kad selepas tambah nilai.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

"Saya pun kena perkara sama. Bayar RM20 tapi dapat RM10 saja.

"Peliklah mereka ni. Nak mencuri je. Tak mahu kerja betul-betul," komen netizen.

Jadi, anda semua berhati-hatilah ya. Semoga pihak Touch n' Go dan tol ambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab. Apa lagi masalah pernah anda hadapi selain baki top up tidak mencukupi?


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon