"Hanya Kerana Rokok Saya Dipukul Suami"


Assalamualaikum admin. Terima kasih sbb siarkan cerita sy. Masalah sy xde lah besar sgt. Sekarang sy pregnant 7bulan.

Semalam sy bergaduh dgn suami dan dia memukul sy . Kami gaduh sbb salah faham yg kecil dan sy mengaku ianya berpunca dari sy . Suami sy kantoi hisap rokok . Mungkin awak semua cakap eleh takat rokok pun nak gaduh . 

Tp sy mmg marah sbb dia tipu sy . Masa sy tanya dia time nak isi buku pink pun Dia cakap dia xmerokok. Setahun lebih dia tipu sy dia cakap dia berubah dah xnak hisap rokok sbb sy xsuka lelaki merokok.. mmg sy akui dia x hisap depan sy. 

Dia sembunyi2. Tp sejak kebelakangan ni sy rasa dia makin kuat merokok sbb selalu sgt kantoi dgn sy. Sy xcakap apa2 pun semalam sy just senyap. 

Cuma sy xlayan dia, dia cakap pun sy buat bodoh jer.. dia ajak sy makan tp sy buat2 xdgr. sy akui dia layan sy dgn baik sebelum ni. Dan sy isteri yg penuh kekurangan. 

Sy xsepenuh nya menjalankan tanggungjawab sy sbg isteri. Sy jarang2 masak untuk dia sbb mak yg sllu masak. Kami tinggal rumah mak sy.

Okayy berbalik pd cerita td. Masa dia tido sy pandang muka dia. Sy menyesal sbb marahkan dia. Perkataan menyesal tu terkeluar dr mulut sy sambil sy pandang muka dia.. tiba2 dia bangun marah2 sy . 

Dia ingat sy cakap menyesal kahwin dgn dia. Dia pukul2 muka sy, masa tu slow jer. Lepas tu dia marah2 sy. Cakap start dpda hari ni aku nak merokok, kau jangan halang aku. Dia cakap sy jahat. 

Semua dia ungkit. Lepastu sy cakap suka aty la nak buat apa pun... Dia terus pukul kepala sy. Masa tu mmg rasa mcm nak pitam. Sy xtahu dia buat mcm mana lepas tu sbb dlm gelap tp tangan dia terkena perut sy.

Kuat sgt.. lepas tu sy rasa sakit pinggang sangat. Sy cuba nak bangun tp dia tolak kepala sy sampai jatuh balik.. sy menangis panggil mak, tp xkuat pun takut jiran2 dgr. 

Dia tutup mulut sy kuat sgt xbagi sy menangis.. dia cakap kalau kau nangis aku terajang kau :'( Allahu . Tuhan jer yg tahu perasaan sy masa tu.

Masa dia marah mcm2 terkeluar dr mulut dia. Sy diam jer sbb sy takut nak menjawab. Masa tu mmg dh rasa nak pitam, dgn sakit perut nya.. sy bangun merangkak tp dia cakap sy cuma berlakon. Buat2 sakit.

Banyak dia marah sy. Sy rasa mcm sy pulak yg kantoi dgn dia. Sy senyap jer.. last sekali sy mintak izin dia nak kencing. Dia ikut sy. Mungkin takut sy masuk bilik mak. 

Lepas sy masuk bilik balik dia suruh sy tido. Sy cakap xnak sbb sakit perut. Dia paksa sy tido. Lepastu dia urut sy. Dia urut perut sy, dia urut tubuh sy. Sy hanya diam jer.

Lama dia urut sy lepastu dia peluk sy, gosok2 kepala sy. Tp xde satu pun perkataan yg keluar... Kepala sy bengkak, mungkin sbb dia pukul kuat. Rasa pening sgt. 

Bangun tido pg ni dia buat mcm biasa . Tp dia layan sy baik . Sy nak air dia ambilkan . Tp sy xblh lupa apa dia buat kt sy semalam. Bila sy ingat. Sy menangis. 

Sy nak pergi buat report tp xde kenderaan.. lgpun sy takut kalau dia tahu sy pergi buat report. Perlu ke sy minta cerai disebabkan benda ni ?? Skg hati sy berbelah bagi. Benci dan sayang. 

Bulan 6 nanti sy dah nak bersalin. Dia cakap kalau aku xampunkan dosa kau. Melekat lah kau xboleh nak beranak nanti .. sy takut. Derhaka ke sy ni ? Sy xtahu nak buat apa dah ..


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon