Tahun ini, umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 27 Mei. Namun pengguna mungkin terpaksa berbelanja lebih kerana harga ayam, timun, cili merah dan kacang panjang dijangka naik pada Mei.
Memetik laporan Mstar Online, peniaga di pasar basah Tebrau, Johor Jaya dan Larkin mendakwa kenaikan harga barang keperluan pada bulan Ramadan sudah menjadi perkara biasa, kerana permintaan terhadap sayur-sayuran dan ayam adalah lebih tinggi.
Seorang penjual sayur-sayuran di Pasar Awam Larkin, Tai Meng Tian, 40, berkata, harga timun akan naik ke RM2 sekilo berbanding RM1.60 sekilo dan harga cili merah akan naik ke RM12 sekilo dari RM9 sekilo.
"Pembekal mengambil kesempatan dengan menaikkan harga kerana mereka tahu harga akan dikawal 10 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri," katanya.
Rakan peniaganya, Abdul Kadir Syed Ibrahim, 65, berkata penjual tidak mempunyai pilihan melainkan mengenakan kos tambahan kepada pelanggan.
"Kami memberi cili merah pada harga RM12 sekilo dan perlu menjualnya pada harga RM15," katanya.
Seorang peniaga di Pasar Johor Jaya, P. Narayani, 58, berkata, harga kacang panjang mungkin akan naik dari RM7.50 sekarang ke RM12 sekilo.
Seorang penjual ayam, yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Don, 44, berkata, pengguna perlu membayar tambahan 80 sen untuk daging ayam pada bulan depan.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon