Harga Petrol Naik Untuk Minggu Ketiga April


Kenaikan harga baharu petrol RON95 dan RON97 bagi minggu ketiga bulan April bermula Khamis ini.

Harga baharu petrol adalah seperti berikut: 

  • RON95 - RM2.24
  • RON97 - RM2.52
  • Diesel -  RM2.16

Semua harga-harga baharu ini akan bermula esok (Khamis) sehingga 19 April ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan kenaikan harga baharu petrol itu di laman Twitter pada Rabu.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan bahawa mekanisme harga baharu bahan api mingguan digunakan bermula April dan seterusnya.

Harga petrol dan diesel telah diletakkan pada sistem apungan bulanan sejak 1 Disember 2014, berikutan penghapusan subsidi bahan api.

Dengan mekanisme mingguan baharu ini, harga minyak akan diumumkan setiap Rabu dan harga yang baharu berkuatkuasa selepas tengah malam.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon