Hebat! Neelofa Tersenarai Dalam Forbes 30, Jadi Inspirasi Buat Wanita Malaysia



Tahniah diucapkan kepada pelakon dan usahawan, Neelofa dan juga Vivy Yusof yang menjadi antara 300 individu tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017. 

Memetik laporan Bernama, Neelofa, 28 pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd, tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang. 

"Senarai Forbes 30 Under 30 Asia tahun ini menonjolkan kepelbagaian bakat di rantau yang luas ini, dengan 300 usahawan muda mengagumkan daripada segenap lapisan masyarakat berusaha keras meningkatkan inovasi," kata editor Kanan Digital, Asia at forbes Media, Rana Wehbe.

"Suatu yang menarik adalah melihat bagaimana golongan muda ini menggunakan teknologi bagi menginovasikan industri mereka, memperkasakan masyarakat mereka dan menangani halangan budaya.

"Senarai tahun ini, terutamanya, menampilkan banyak individu wanita di Asia yang menyokong perubahan sosial, lari daripada stereotaip dan prejudis untuk memberi contoh positif apa yang boleh dicapai oleh wanita di rantau ini," katanya. 

Menurut Forbes, lebih 1,200 penyertaan diterima, tetapi hanya 300 pemohon memasuki senarai akhir.

Selain Neelofa, seorang lagi rakyat Malaysia tersenarai iaitu Vivy Yusof, 29 yang merupakan Pengasas Bersama Fashionvalet.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon