"Ibu Bapa, Simpanlah Sedikit Duit Untuk Pendidikan Anak-Anak Nanti..Jangan Harap Duit PTPTN Saja"


Mendapatkan pendidikan untuk anak-anak merupakan satu tanggungjawab besar kepada ibu bapa. Namun, kos pendidikan ini adalah sangat tinggi dan inilah betapa pentingnya ibu bapa bersedia sejak anak tersebut dari kecil lagi. 

Sejak dari kecil bila tgk cerita dari Barat mesti ade kisah pasal student yg berusaha gila babas utk jd outstanding athletes semata-mata utk dapat scholarship utk sambung belajar sbb die datang dari family yg kurang mampu, atau kisah pasal parents yg terdesak sampai terpaksa guna college fund anak mereka, atau pun grandpa/grandma terasa muda balik pastu terenjoy dana college fund cucu mereka. 

So selalu tertanye2 jugak mase tu kenapa seolah-olah ‘college fund’ itu sesuatu perkara yg normal & sgt penting dlm masyarakat barat, sbb kalau observe parents sendiri tak pernah pulak ibu/ayah saye ckp pasal ni. 

Yes tabungan dari kecil mmg parents dh masukkan dlm tabung haji kami adik beradik setiap bulan, cuma mungkin saya masih kecil jd kurang memahami. Yang faham cuma ‘menyimpan amalan yang bagus utk masa hadapan’.

Apabila meningkat remaja dan mula bergaul dgn pelbagai bangsa, saya dapati kaum Cina kebiasaannye akan menyimpan utk tabung pelajaran anak mereka, dan bukanlah perkara yang asing bg mereka utk menghantar anak2 ke luar negara utk belajar walaupun bukanlah tergolong dalam golongan yg berada. 

Ah pek jual sayur pun boleh hantar anak buat medic ke oversea. Hebat kan pengurusan kewangan mereka? Of course bukan setakat pengurusan, tapi jerih payah mak bapak mengikat perut & mengumpul duit selama bertahun2, sejak anak masih di dalam kandungan. Tetapi pada mase itu sy cuma kagum, tetapi belum faham sepenuhnya.

Semasa saya di university tempatan, saya memohon utk full loan PTPTN, tetapi cuma dapat separuh pinjaman (meaning cuma lepas utk bayar yuran pengajian dan sedikit yuran penginapan di kolej, tiada lebihan utk wang saku).

With the money I have from my parent’s saving actually I can pull through my uni years without any big issue, tetapi pada masa itu ayah (seorang pesara) sedang terlantar dirumah kerana stroke & ibu saya (seorang guru) mengambil cuti tanpa gaji selama setahun utk menjaga ayah. 

Kerana takut membebankan keluarga dan adik2 yg masih kecil (kot2 kena guna duit utk tujuan lain), saya merayu utk full loan kepada PTPTN tetapi ditolak. Saya kemudian cuba utk memohon JPA kerana keputusan akedemik yg outstanding, Alhamdulillah saya disponsor penuh oleh JPA. Ada rezeki.

Cerita saya di university adalah cerita lebih sedekad yg lalu, dimana PTPTN ada disediakan tanpa banyak syarat, and banyak penajaan dr pihak kerajaan mahupun syarikat swasta. 

Sekarang straight A+ dalam SPM pun tidak menjamin biasiswa, dana PTPTN pun menyusut dgn dahsyat ekoran penghutang yang tidak mahu atau tidak mampu membayar balik. It’s time to realize that education comes with a cost, and it is our responsibility to ensure the future generations are well educated. 

Saya tidak mahu menyentuh isu kelemahan kerajaan yg mentadbir seterusnya menyebabkan kebocoran yang tak tersampai dek akal, suatu jumlah yang besar yang boleh digunakan utk memperkasakan rakyat kerana itu adalah di luar kawalan kita. But trust me, with the ballooning debt Malaysia is having right now, it’s almost impossible to even hope for a free education in near future. 

Sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab kita utk berusaha menyediakan yang terbaik utk anak2 kita, amanah yg dikurniakan Allah. Mulalah menyimpan utk masa depan mereka. Contohilah bangsa lain yg berjerih payah menyimpan utk pelajaran anak-anak. 

Zaman sekarang tak sama dgn zaman 10 tahun lepas, zaman hadapan akan lebih mencabar. Untuk yang berhutang PTPTN, silalah cuba membayar.. Kasihan kpd org yg benar2 memerlukan. Mungkin suatu hari sampai giliran anak anda pula. 


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon