Kantoi rakam bawah kain wanita, lelaki dibelasah sebelum diserahkan kepada polis


ALOR SETAR, KEDAH - Seorang lelaki ditahan polis selepas perbuatannya merakam video bawah kain seorang wanita disedari orang awam, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 9.30 pagi di Pasar Tani Giant, Jalan Langgar, kelmarin, mangsa berusia 38 tahun sedang membeli kuih di pasar itu terkejut apabila mendapati suspek, 39, dibelasah orang ramai berhampirannya. 

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, perbuatan suspek itu disedari orang ramai yang kemudian menahan dan memukulnya. 

"Ketika kejadian, mangsa tidak sedar perbuatan suspek yang memasukkan kakinya ke bawah kain wanita itu untuk merakam video dengan alat perakam yang disembunyikan di dalam kasutnya, bersambung dengan iPhone 6 Plus miliknya," katanya. 

Orang ramai kemudian menyerahkan suspek kepada polis dan mangsa juga turut membuat laporan polis di Balai Polis Kota Setar. 

Suspek direman sehingga 14 April ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 294 Kanun Keseksaan dan 509 kanun sama. - The Reporter
SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K


EmoticonEmoticon