"Kehidupan Saya Yang Teratur Dan Tenang Jadi Haru Biri Sebab Sikap Ibuku Sendiri"


Saya datang dr famili yg sederhana dan ada 3 adik beradik. Seorang lelaki dan sorang perempuan. Kehidupan saya pada mulanya hanyalah biasa2 saja. Punya anak2 yg cemerlang dan suami yg penyayang. Kehidupan saya tenang sehinggalah satu detik di mana saya membuat keputusan utk menjadi anak yg baik dgn berkorban utk ibu saya yg mana, keputusan tersebut menyebabkan ribut dlm diri sehingga menyeret keluarga saya ke keadaan yg menjeruk rasa.

Selama berkahwin, saya tidak pernah menetap dgn famili mana2 baik saya atau suami. Kami yg memilihnya begitu sbb ingin berdikari. Alhamdulillah kami melayari bahtera perkahwinan sendirian dan mengurus rumah tangga dgn cara tersendiri. Maka, susah senang ini sudah menjadi darah daging buat kami 5 beranak. Tapi kami bahagia dgn cara itu.

Adik saya yg telah berumahtangga, masih tinggal serumah dgn ibu. Biasalah… kalau dah serumah segala perbelanjaan mestilah bersama. Cuma saya lihat, sebahagian besar ditanggung ibu sbb ibu ada perniagaan sendiri. Kdg2 sakit hati juga bilamana pada waktu2 terdesak bila saya meminjam dari ibu, pedas telinga ditempelak oleh adik sendiri & ipar yg saya ini asyik tidak kecukupan belanja. 

Yelah… mereka boleh ada lebihan wang gaji kerana duduk dgn ibu – rumah tak perlu sewa. Bil2 utiliti tak perlu bayar. Anak ada maid yg jaga walaupun gaji maid ibu yg byr. Pasar pun tak perlu pergi sbb ibu yg uruskan semua. Mereka hanya beri rm500 sebulan pd ibu utk semua urusan itu. 

Duit gaji mereka cuma utk urusan pampers dan susu… dan juga utk perbelanjaan sendiri spt ansuran kereta & shopping. Saya mengambil langkah mendiamkan diri sbb malas bergaduh adik beradik walaupun kdg2 berdesing telinga disindir adik & ipar.

Sehinggalah smp ketika ibu sakit terlantar. Perniagaan ibu kucar kacir sbb berbulan lamanya ibu tak boleh ke pejabat. Pada satu hari ketika melawat ibu, saya diminta mengambil cuti tanpa gaji dan bantu beliau menguruskan perniagaannya sementara ikhtiar perubatan ibu berjalan. Saya tanya suami, tanpa teragak2 suami menyuruh saya berhenti kerja & tumpukan pada penjagaan ibu dan perniagaan keluarga. Saya akur.

Maka bermulalah kehidupan tidak tenang buat saya sebaik saya melangkah ke dlm sykt. Alangkah terkejutnya saya sbb perjalanan sykt caca merba. Bnyk perkara dibuat tanpa sistem dengan cara asal boleh aje. Bagi org yg pernah bekerja di sykt yg lebih besar, yg ada sistem terkawal dan SOP yg mantap – perkara ini satu kejutan dan pembawa stress yg maha besar dlm diri saya.

Perlahan2 saya cuba membawa haluan sykt ke arah yg lebih terurus dan pada masa yg sama menjaga ibu yg terlantar. Cakap mana saja doktor yg hebat saya & suami tak jemu memapah ibu berjumpa doktor tersebut. Sehinggalah dicadang sendiri oleh salah seorg doktor yg kami jumpa utk menggunakan perubatan alternatif kerana ibu sihat dr kacamata perubatan moden. 

Beliau mencadangkan supaya ibu dibawa berjumpa seorang ulama terkenal di tanah air. Benarlah, rahsia alam bnyk yg tersirat. Hanya berbekalkan 2 surah Al-Quran dan sebotol air yg ditawarkan arwah ustaz itu, dengan izin Allah ibu mula menunjukkan perubahan positif dan semakin sihat. 6 bulan selepas lawatan ke pusat islam itu, ibu mula ke pejabat semula.

Pada masa semua ini berjalan – adik dan familinya masih tinggal sebumbung dgn ibu. Tapi alasannya dia tak boleh berhabis masa sbb kerjanya menuntut dia di pejabat 8 pagi - 4 ptg. Saya pun tak suka nak menunggu org lain menguruskan hal ibu sbb lebih risau melihatkan keadaan ibu terlantar sakit.

Tahun berlalu, anak2 saya mula meninggalkan bangku sekolah. Alhamdulillah, anak2 cemerlang dlm pelajaran. Kami memilih utk menghantar anak ke IPTS sbb kursus yg ditawarkan IPTA tidak kena dgn minat anak2. Saya memohon bantuan ibu utk byran yuran pengajian anak kerana saya tidak boleh membuat mana 2 pinjaman kerana nama saya terlalu tinggi komitment. 

Untuk pengetahuan, sebaik saja saya memasuki sykt; nama saya dimasukkan sbg pengarah. Maka segala hutang dan tanggungan kewangan sykt menjadi beban ke atas nama saya. Malah sebuah rumah kami juga dijadikan cagaran kpd pihak bank utk salah satu pinjaman sykt.

Tindakan saya memohon bantuan kewangan dr ibu utk pengajian anak2 saya menjadi bahan cercaan dan kata nista adik beradik ipar duai saya. Di belakang saya, dijaja cerita sykt mengalami kerugian kerana terlalu bnyk duit sykt dibelanjakan utk persekolahan anak2 saya. 

Bila dah sihat mcm biasa ni, ibu pusing tidur di rumah anak2. Adik saya yg dulunya duduk serumah dgn ibu, mengambil keputusan utk membeli rumah & berpindah 2 bulan sebelum adik bongsu saya berkahwin. Seperti mana ibu membantu saya sewaktu membeli rumah & buat sedikit renovasi; adik saya juga begitu malah lebih drp kami rezekinya. 

Renovasi rumah mereka melebihi harga asal rumah saya…. tapi tak apalah. Tak jadi masalah buat kami sbb kami juga dpt rumah yg sesuai dgn citarasa kami. Tak kisahlah lebih murah dan lebih kecil sbb itu keperluan shj kami ank beranak.

Yg menjadi masalah jiwa buat saya bila adik2 menghasut ibu – sykt mengalami defisit kewangan disebabkan perbelanjaan saya. Oleh sbb ibu bnyk menghabiskan masa dgn famili adik2 berbanding dgn famili saya… maka logik la kalau saya kata ibu termakan jugak hasutan itu. Ibu lebih rapat dgn cucu2 dari adik2 saya sbb tinggal serumah. Maka, kasih dan kemesraan itu lebih tebal berbanding dgn anak2 saya.

Saya sering tertekan dgn sikap ibu yg sering menyalahkan saya kalau ada masalah. Baik di pejabat mahupun di rumah. Bila sykt kurang duit utk pusingan modal, saya dipersalahkan kerana dikatakan bnyk guna duit utk urusan persendirian spt yuran sekolah anak, renovasi rumah dsbnya. 

Bila anak2 buah tidak cemerlang spt anak saya, saya dipersoal knp tak kongsi cara mengajar anak2 dlm soal pelajaran. Ibu sentiasa ada jawapan utk memahami setiap kekurangan adik2 saya. Tapi kalau saya yg silap, bahan itulah yg dijadikan bahan modal ibu bercakap berhari2.

Saya letih dgn deraan mental spt ini. Beberapa kali saya menyuarakan hasrat utk berhenti dan tinggalkan aje sykt spy diurus oleh adik2 saya. Tapi ibu melarang keras sbb katanya adik2 tak pandai nak urus. Suami juga dengan berat hati memohon spy saya bertahan sekurang2nya utk 5 tahun lagi spy anak2 habis pengajian. Beliau tidak mampu menguruskan kewangan terutama bab pengajian anak2, katanya. 

Ini kerana, sara diri anak2 di kampus datangnya dr wang gaji saya manakala pendapatan suami digunakan utk membayar ansuran rumah, kereta & perbelajaan rumahtangga. Yuran pengajian anak kedua saya juga sepenuhnya kami yg tanggung sendiri jadi saya & suami mmg menabung dari pendapatan saya spy yuran pengajian dpt dilunaskan setiap awal tahun.

Saya sedih bila mengharung masa di mana ada ketikanya ibu tidak bercakap dgn saya berhari2 sbb berselisih pendapat dgn saya berkenaan perjalanan duit sykt. Ada ketikanya bila saya suarakan rasa terkilan saya dgn sikap adik2, ibu cuma jawab – diorg itu tak matang. Tak matang apanya kalau umur sudah 40an, 30an…. bila masa akan matang kalau begini caranya.

Saya letih dgn kehidupan saya skrg… di mana saya rasa saya dijadikan orang yg sentiasa perlu menadah muka utk dipertanggungjawabkan atas segala masalah. Baik utk sykt, baik utk keluarga.

Saya rasa sgt2 tertekan sbb saya bertanggungjawab sepenuhnya atas segala urusan rasmi sykt tapi perjalanan sykt itu yang bengkang bengkok sbb ditentukan ibu yg punya kuasa veto. Saya jemu berurusan dgn pihak2 berkuasa atas segala byran tertunggak, SOP yg tidak diikuti yg mana semuanya diatur oleh ibu sndri mengikut suka hatinya. 

Sedangkan… adik2 saya juga mendapat keuntungan dgn menumpang rezeki sykt melalui ibu saya. Saya perlu membuat pinjaman dr sykt bila saya perlukan bantuan kewangan. Mereka mendapat bantuan kewangan melalui ibu tanpa perlu meminjam dr sykt. Lepas itu, riuh se-Malaya mengatakan saya pakai duit sykt.

Saya tak tahu mcm mana lagi saya perlu berperanan sbg seorang anak. Yg pastinya, kehidupan saya yg teratur dan licin semuanya kini jadi haru biru sebab sikap ibu sendiri.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon