"Korek Nasi Dalam Sampah" - Wanita Ini Kongsi Teman Serumah Disihir Rakan Sekerja Sampai Benci Tunang Sendiri


Walaupun sekarang ini sudah 2017, namun segelintir orang sanggup buat apa saja untuk memenuhi hasrat hati mereka sehingga sanggup menggunakan sihir untuk melihat hajat mereka tercapai dengan cepat. 

Seorang pengguna Twitter @kierarawr berkongsi kisah bagaimana teman serumahnya telah disihir oleh rakan sekerja hanya kerana pinangannya ditolak oleh gadis tersebut. 

Aku nak cerita pasal roommate aku ni. Harini baru sempat tegur dia. Rasanya ada la dalam seminggu dia tak balik rumah. Balik pun kejap. Tanya dia dari mana ni lama tak nampak. Dia cakap "baru balik berubat." Aku terkejut la ingat sakit padia. Rupanya sakit lain.

Dia kata ada orang buat dia. "Orang dekat". Okay mula dia mcm ni. Budak bilik aku ni dah tunang tapi ada laki lain minat kat dia. Budak satu ofis dengan dia. Meja sebelah sebelah.

Awal awal kerja mamat ni dah confess kata suka kat dia ni. Tapi minah ni dah tunang kot. Confess mende lagi. And dapat tahu pulak yang laki ni baru putus tunang. Tanya punya tanya, rupanya laki ni kena tangkap basah sebulan before nikah. Kena tangkap dengan betina lain.

And sekarang tengah syok kat roommate aku ni tapi kena reject. Mula benda ni jadi bila mamat tu offer biskut kat roommate aku. Dengan tak bersalahnya roommate aku amik sekeping, makan. Tengah hari tu pulak, mamat ni pass satu file. Then siap pegang lengan minah ni suruh settlekan file tu.

So kat sini la mulanya benda benda pelik jadi kat roommate aku ni. Dia kata kepala otak dok fikir kat mamat ni je. Kerja tak jalan. Yg lagi teruk, mandi taknak. Makan taknak. Nak berkepit dengan mamat tu je. Balik rumah kejap then patah balik pergi jumpa mamat tu.

Dia kata dia dah mcm orang gila. Dengan tak mandi pergi kerja. Baju tudung tak iron. Datang kerja cari mamat ni dulu. Kalau kat rumah, setiap 5min call. Fon 24jam kat tangan contact mamat ni. Dia kata dalam masa seminggu tu habis rm50 sehari kat mamat tu je!

Tu belum kira duit minyak ulang alik dari rumah dia then macam orang gila pergi rumah mamat ni setiap hari. Ada la rm30 sehari. Bila jumpa pulak, roommate aku yang belanja makan. Then mamat ni siap ajak pergi supermarket beli barang barang dia tapi minah ni bayar??!!!

Okay tu part bila diorang jumpa. Bila kat rumah pulak lain cerita dia. Sampai mak dia perasan muka pucat, mata merah. Dengan tak mandi nya. Start mak dia perasan bila mak dia panggil suruh tolong tapi minah ni malas. Sibuk main telefon. Then bila kat dapur, cawan semua pecah.

Dia kata nak pegang tak larat. And ada sekali tu, kat dapur. Mak dia tanya, "kau buat apa tu?" Dia jawab "amik nasi la". Time tu dia tengah korek nasi dalam tong sampah????!!!! Okay korek nasi dalam tong sampah satu hal. Pasal solat satu hal. Dia kata kat rumah mak dia akan paksa dia solat (?!) Then dia solat la.

Masalahnya sekarang, kiblat kemana. Bacaan kemana. Perbuatan tah kemana. Adik dia perasan. Then bagitau mak dia. Mak dia jadi pelik.

Time tu mak dia mengamuk la. Padahal mak dia tak tahu bukan anak dia yang dia marah tu. Tambah pulak minah ni dok sebut sebut nama mamat ni. Nak keluar jumpa mamat ni. Pergi kerja jumpa mamat ni. Call cakap dengan mamat ni.

Padahal dah tunang dengan laki lain. Nak kawin bulan 9 ni. Mak mana yang tak risau? So mak dia pun panggil la ustaz untuk ubatkan minah ni. Bila ustaz tu masuk je, cuba teka apa minah ni cakap?

Minah ni mengamuk tanya "kau buat apa kat sini?!" "Buat apa kau datang sini?!" Then dia cuba nak lari. Ustaz tu kata minah ni dah teruk. Orang tu buat 2 benda. 

1. Buat perempuan ni jadi gila. 

2. Buat perempuan ni mati.

Katanya ustaz ni ada potong limau. Then entah macam mana, semua limau terbalik kecuali 1 potong. So ustaz kata ada harapan nak buang. Masa ustaz ni datang, adik minah ni ada record video. Time tu memang dah takda suara perempuan. Nama roommate aku pun jadi lain dah.

Ustaz tu tanya siapa hantar. Benda tu siap jawab nama mamat tu! Tanya kenapa dia hantar. Dia jawab, sebab tolak pinangan dia!!!!!! Then mcm biasa la. Ustaz tu suruh benda tu keluar. And now guess what? Benda tu pura pura dah keluar!!! Padahal ada lagi!!! Licik nak mampus

Ustaz tu dah biasa berubat so dia tahu la benda tu still ada. So ustaz tu kata, "kalau betul kau Siti, sebut nama penuh kau." Cuba teka.....

Ustaz tu suruh sebut nama penuh berbinti mak. Tapi benda tu takleh jawab. Dia pergi sebut nama penuh mamat yg hantar benda tu tadi. Then bawa pulak minah ni pergi mandi air kolah kat satu masjid area sini. Orang berubat memang selalu mandi guna air kolah masjid tu.

Time mandi tu roommate aku kata sakit gila kat bahagian betis. Dia macam berpaut kat situ. Padahal ustaz tu pegang ibu jari kaki dia je. Dia kata lepas mandi tu rasa ringan sikit badan dia. Cuma tu lah. Sakit kat betis tu rasa lagi. So esok last day roommate aku pergi berubat.

Few days before ni roommate aku ada balik tapi kejap je. Pukul 10mlm dia balik. Then pukul 2pagi dia keluar semula. Aku memang tak sedar la. Time dia balik tu pun aku tak tegur dia sangat. Tengah busy tengok live make up by bellaz. Tapi aku ada dengar la dia on call marah marah.

Dia keluar pukul 2 pagi tu hentam pintu kuat gila sampai housemate aku yg tidur kat depan boleh terduduk sebab terkejut. So tadi aku tanya la asal balik kejap je haritu. Rupa-rupanya dia kata time tidur ada benda pegang kaki dia.

Dia tanya, ada dengar tak dia on call malam tu? Aku cakap dengar. Dia kata dia on call dengan tunang dia sebenarnya. Dia kata time dia kena buat tu tak pernah dia call/ text tunang dia langsung. Panas je rasa bila cakap pasal tunang dia.

Tu yang malam tu dia mengamuk amende tah. Then pukul 2 pagi keluar rumah hentam pintu. Rupanya balik rumah mak dia. Sampai rumah dia pulak, dia boleh menonggok kat dalam kereta nak dekat sejam. Taknak masuk rumah. Sampai bapak dia yang pimpin dia masuk.

Dia kata kaki berat gila. Maybe sebab dia berubat kat rumah tu. Sebab tu yang berat sangat. Padahal hati memang dah niat nak balik rumah. And aku ada juga tanya, laki tu takda amik kesempatan ke? Ye la dia dah buat kita jadi bodoh. Mana lah tahu kan. Rupa-rupanya few days lepas mamat tu hantar benda tu, dia ada hantar text ajak pergi hotel. Kebetulan roommate aku dah tidur time tu. Then adik dia baca.

Bila adik dia baca, dia trap mamat tu. Set tempat, time semua. Tapi yang muncul time tu tunang minah ni dengan family dia. Bertumbuk juga. Nasib bukan minah ni yang baca text tu. Kalau tak, dah menonong agaknya pergi hotel tu. Ye la. Dah semua benda mamat tu suruh, ikut je.

So sekarang ni minah ni still berubat. And mamat tu dah hantar surat resign. Roommate aku cerita, mamat tu tegur, "kenapa sombong sekarang". Tapi minah ni buat biasa je. Satu office dah tahu pasal mamat ni. Tu yang dia hantar surat resign. Jangan berdendam lagi sudah lah.

Elok je roommate aku habis cerita, dia offer aku makan biskut dia dan aku macam..err.. So at the end aku makan biskut dia dua keping sebab nak jaga hati dia. Dia siap cakap, jangan risau takda baca baca.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon