Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Mungkin ramai yang sudah lama tidak menggunakan peribahasa ini.
Dalam pada ramai yang mengutuk negara sendiri melalui laman sosial, seorang mat saleh ini pula sebaliknya memuji Malaysia melalui laman Twitter miliknya.
Dia merupakan seorang warga Amerika Syarikat (AS), Derek Freal memuat naik gambar menunjukkan keterujaannya ketika melancong di Malaysia.
Malah dia turut memberi kata-kata manis terhadap masyarakat negara ini yang sekaligus menarik perhatian ramai netizen.
"Hey Trump, saya kini berada di negara orang Islam dan cuba teka, orang di sini lebih mesra berbanding dengan orang di AS!"
Derek Freal merupakan seorang pengembara dari sebuah ke sebuah negara, juga seorang penulis blog HoliDaze.com. Dia telah berhenti dan melucutkan jawatannya pada 2009 sebelum mula mengembara seluruh dunia sebagai satu terapi.
Kini, laman blog miliknya menjadi rujukan kepada mereka yang ingin melancong di seluruh dunia.
Netizen turut meluahkan rasa bangga dengan negara ini yang dikatakan sememangnya terkenal dengan rakyat yang bukan sahaja pemurah, sebaliknya ramah dan baik hati.
"Saya yang tinggal di Australia lihat memang ramai rakyat negara itu yang sukakan Malaysia.
"Mereka tidak takut untuk duduk sama dan berbual dengan orang Malaysia seperti seorang kawan baik," ujar seorang netizen.
Meskipun begitu, ada di kalangan mereka yang tidak bersetuju apabila Derek mengatakan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Ini kerana mereka menganggap negara ini sebagai sebuah negara berbilang kaum.
"Wow point dia adalah Malaysia ini ramah orangnya, apa yang kalian terasa hati sangat, kata Malaysia not muslim country lah, apa lah. Cukup-cukuplah religion dan racial issues.
"Be proud lah sikit orang puji Malaysia. Are you Malaysian?" ujar seorang netizen bila ada mereka yang provok isu ini dengan hal berkaitan agama dan bangsa.
Banyak yang baik boleh diambil, namun sebilangannya tetap memandang ia sebagai isu negatif dan juga menyentuh hal berkaitan kaum dan agama. Cukuplah tu!
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon