Misteri Kehilangan 2 Sahabat Terjawab, Ditahan Pihak Polis Akibat Bawa Dadah


Susulan misteri kehilangan dua rakyat Malaysia ketika berkunjung ke Jakarta sejak 30 Mac lalu terungkai apabila mereka ditemui.

Malangnya, kedua sahabat dari Selangor itu ditemui di dalam lokap balai polis di Jakarta kerana ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

Memetik Bernama, Mohamad Shafa Ahmad, 29, dan Kamarol Arifin Mohamad Darus, 27, ditahan pihak berkuasa Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta pada 30 Mac selepas polis menemui beberapa biji pil dipercayai dadah sintetik melalui pemeriksaan badan mereka berdua.

Kedua sahabat itu beruntung kerana seorang ahli perniagaan Malaysia di Jakarta Datuk Dr Fauzi Mohamad kini dalam usaha melantik peguam bagi membantu mereka.

"Saya dimaklumkan mereka didapati membawa dadah dan dipercayai untuk kegunaan sendiri tetapi ia tetap menyalahi undang-undang negara ini dan kita sedang berusaha untuk membantu mereka dengan melantik peguam sementara menunggu tindakan selanjutnya.

"Mereka dalam keadaan baik, malah isteri saya juga membawa makanan kepada mereka di lokap," katanya.

Terdahulu, Mohamad dan Kamarol masing-masing bekerja sebagai posmen dan juruteknik kilang dilaporkan hilang selepas tiba di Jakarta dengan menaiki pesawat AirAsia pada 29 Mac lalu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Mereka mengunjungi Jakarta untuk menonton konsert Dj Armin Van Buuren di Jakarta International Expo, namun tidak menghubungi keluarga sejak tiba di Jakarta.

Selain itu, mereka juga dilaporkan tidak mendaftar masuk ke hotel yang ditempah menyebabkan ahli keluarga yang risaukan keselamatan mereka membuat laporan.

Khabar angin kononnya seorang daripada mereka dilaporkan telah pulang melalui Johor Bahru dan dikatakan menyembunyikan diri membuat keadaan menjadi kacau-bilau.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon