Pelanggan TM Rakam Perbualan Pegawai TM Kutip Hutang Mencuit Hati Netizen


Rakaman perbualan di antara seorang pelanggan dan pegawai Telekom Malaysia (TM) menjadi tular semenjak beberapa hari lalu.

Menerusi perkongsian perbualan tersebut yang dimuat naik di halaman Facebook, pegawai TM itu menghubungi pelanggan tersebut untuk meminta bayaran baki bil tertunggak.

Bagaimanapun, perbualan antara mereka berdua menjadi sedikit "tegang" apabila jawapan yang diberikan oleh pelanggan tersebut seolah-olah sengaja ingin menaikkan kemarahan pengawai wanita itu.


Pegawai TM :Helo, saya nak bercakap dengan xxxxxxx

Pelanggan : Cakaplah cakaplah

Pegawai TM : Ini berkenaan dengan tunggakan bil Telekom Mr. Kenapa masih belum uruskan pembayaran ya?

Pelanggan : Tak ada duit

Pegawai TM : Oh senang ya kamu cakap tak ada duit nak bayar. Habis you makan dengan minum macam mana?

Pelanggan : Dengan mulut. haha

Walaupun tindakan pelanggan itu seolah-olah ingin membuat provokasi namun rata-rata netizen merasa terhibur selepas mendengar rakaman perbualan tersebut. 

Segelintir netizen yang lain pula menganggap pelanggan tersebut biadab dan tidak menghormati tugas pegawai berkenaan.

Setakat artikel ini ditulis, rakaman perbualan ini telah didengari lebih 150 ribu kali dan dikongsikan hampir 5 ribu pengguna Facebook.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon