Penumpang Kena Seret Keluar Dari Kapal Terbang Kerana Tak Cukup Tempat


Malang sungguh nasib seorang doktor apabila dikasari sampai mulutnya berdarah ketika dipaksa meninggalkan pesawat yang dinaikinya.

Dalam rakaman yang menjadi tular di laman sosial ini, dapat dilihat dengan jelas tindakan polis Lapangan Terbang Chicago menarik lelaki berusia 69 tahun itu untuk keluar dari pesawat United Airlines.

Mukanya cedera akibat terhantuk pada lengan kerusi semasa diheret dan ini menimbulkan kekecohan penumpang lain yang menyaksikan kejadian itu.

Menurut Daily Mail, lelaki malang berketurunan Cina itu dipaksa keluar bagi memberi tempat kepada empat kakitangan syarikat penerbangan itu yang perlu ke Louisville, Kentucky, dengan segera.

Difahamkan sebelum itu, krew pesawat berkenaan telah membuat pengumuman agar sesiapa pun di antara penumpang dapat memberikan tempat duduk mereka secara sukarela.

Berikutan tiada siapa yang sanggup, maka syarikat berkenaan terpaksa memilih secara rawak. Disebabkan keengganan lelaki berkenaan, dia dimalukan dengan teruk sekali seolah-olah dihalau dari pesawat tersebut.

Netizen yang melihat rakaman video tular tersebut marah dengan tindakan tidak wajar yang telah dilakukan syarikat penerbangan terbabit.Buat pengetahuan, syarikat penerbangan boleh menjual tiket melebihi jumlah tempat duduk pesawat disebabkan kegagalan sesetengan penumpang yang tidak dapat datang.

Namun jika terjadi penumpang berlebihan seperti ini, siapa yang mahu mengalah?



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon