Pramugara Jujur Pulangkan Kembali Duit RM50 Ribu Milik Dato Aliff Syukri Yang Tercicir

Jutawan kosmetik, Datuk Aliff Syukri memang bernasib baik apabila wang miliknya berjumlah RM50,000 dijumpai kembali selepas tertinggal dalam pesawat Malaysia Airlines.

Insiden itu berlaku semasa kepulangannya dari Tanah Suci Mekah mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga.

Menurut Datuk 'terlajak laris' ini dia memang terlupa untuk mengambil begnya yang diletakkan di tempat duduk pesawat kerana sibuk menguruskan neneknya yang berkerusi roda.

Dia hanya menyedari ketiadaaan beg tersebut hanya semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.

Bagaimanapun, seorang pramugara jujur yang dikenali sebagai 'Encik Zol' telah membantu menyimpan beg berisi wang berkenaan.

“Kelam kabut saya patah balik dan rupa-rupanya nya abang pramugara tolong simpankan. Saya memang puji sikapnya yang jujur kerana tiada langsung wang saya dalam beg itu hilang,” katanya kepada Harian Metro.

MelaluI laman Instagramnya, Datuk Aliff sempat memuat naik swafotonya bersama Zol

Sumber : kaki share

Sumber :

EmoticonEmoticon