"Rupanya Bakal Suamiku Buruan Polis"


Hari-hari bahagia yang dibayangkan seorang gadis menjadi malap serta-merta apabila kekasih yang bakal dikahwininya sebenarnya banduan yang melarikan diri dari penjara.

Memetik Kompas.com, lelaki berkenaan, Rusli Mahmud, 31, merancang berkahwin dengan gadis berusia 17 tahun dan berasal dari Desa Kliet di daerah Ranto Peureulak, Aceh Timur.

Menurut ketua polis Ranto Peureulak, Musa, keluarga wanita meminta kad pengenalan diri Rusli ketika mahu mendaftarkan perkahwinan mereka.

"Rusli bagaimanapun mempamerkan kad pengenalan dengan nama Zulfikar menyebabkan keluarga wanita itu berasa curiga.

“Keluarga wanita itu memutuskan untuk membuat laporan polis yang kemudiannya menahan lelaki itu,” katanya.

Ketika disoal siasat polis, Rusli mengaku pernah ditangkap atas kesalahan dadah pada Oktober 2013 dan dihukum penjara selama lima tahun.

"Rusli menjadi buruan polis sejak melarikan diri dari tahanan bersama tiga rakannya pada Mei 2014.

"Dia kembali ke kampung halamannya di Aceh Timur dan bercinta dengan gadis terbabit," tambah Musa.

Keluarga gadis itu terkejut mendengarkan pengakuan Rusli, lalu membatalkan majlis perkahwinan mereka.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon