"Saya Serba Salah Tipu Orang Selama Setahun" - Penjelasan Sara Ali Isu Kembali Tidak Bertudung Dikecam Netizen


Baru-baru ini Sara Ali menjadi bualan dan kecaman netizen kerana tampil dengan imej terbaru yang tidak bertudung walaupun sebelum ini sudah hampir setahun bertudung. Rata-rata netizen mengecam tindakan Sara Ali itu. 

Dalam satu perkongsian video secara langsung melalui akaun Facebook Sara Ali, dia telah memberi penjelasan mengapa beliau membuat keputusan tersebut. Ini penjalasan beliau.

Setahun saya rasa bersalah dan hidup saya tidak tenang. Tidur pun tak lena. Mula-mula fikir nak diamkan diri tetapi sampai bila saya harus hidup dengan keadaan sebegini?

Apa yang saya lakukan ini bukan patut dibanggakan pun tetapi saya sudah lama berfikir dan tidak mahu menyembunyikan hal ini.

Keputusan ini dibuat selepas berbincang dengan banyak pihak termasuk keluarga saya dan beberapa orang lain dalam industri hiburan terutama wartawan.

Setahun saya rasa bersalah dan hidup saya tidak tenang. Tidur pun tak lena. Mula-mula fikir nak diamkan diri tetapi sampai bila saya harus hidup dengan keadaan sebegini?

Saya akui saya berhijab bukan kerana diri sendiri atau kerana Allah tetapi kerana sesuatu (yang tidak mahu saya sebutkan).

Tiada ibu atau bapa yang bangga dengan keputusan ini terutama melibatkan urusan agama. Tetapi mereka akur walau tidak bersetuju dengan keputusan ini.

Ya, akan ada impan yang saya sendiri tidak boleh duga. Banyaknya saya nampak daripada sudut negatif, jika ia menjejaskan karier saya tiada apa yang boleh saya buat.

Ini silap saya, sepatutnya saya bertindak menggunakan akal tetapi tidak. Saya buat (berhijab) sesuatu atas sebab sesuatu.

Saya meminta maaf sebab tidak menjadi diri sendiri, tetapi saya sudah cuba yang terbaik. Saya tidak suka bangun tidur dengan perasaan bersalah dan menipu semua orang selama setahun.

Walau apa pun juga keputusannya, moga Sara Ali terus sukses dalam bidang yang diceburinya dan bari para peminat juga berdoa supaya beliau dapat memakai tudung dengan ikhlas.



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon