Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Lama aku fikir sebelum nak menulis. Tapi aku perlukan pendapat dan tempat untuk meluahkan perasan. Dan akhirnya aku disini.
Sedikit pengenalan mengenai aku. Aku seorang anak yatim. Mak aku meninggal masa aku umur 2 thn. Abah aku tak kahwin lain sejak mak aku tak ada. Aku anak tunggal. Aku di jaga oleh nenek sebelah abah sampai aku kahwin sebab abah aku askar dan jauh nun di Borneo. Hubungan aku dengan abah mmg tak berapa rapat sebab aku sempat duduk serumah dengan abah 2 tahun saja.
Aku dah berkahwin 9 tahun. Punya 3 anak. Kehidupan aku mcm org lain. Ada pasang surut. 7 tahun usia perkahwinan aku dengan suami alhamdulilah. Kami selesa dan bahagia.
Tapi semenjak 2 tahun yg lepas, kehidupan kami suami isteri mula kacau bilau lepas mak mertua aku berpisah dengan suami kedua dia. (Bapa mertua aku suami pertama).Suami aku anak sulung dari 2 beradik. Kami tinggal jauh dari mak mertua kerana tuntutan kerja dan buat masa ini adik ipar aku tinggal dgn dia.
Aku faham konsep, anak lelaki syurganya dibawah tapak kaki ibu. Dan aku tidak menafikannya sama sekali.Aku berlapang dada, sebab aku tahu, mak mertua aku perlukan sokongan anak-anak. Dalam menjangkau usia emas, tiba-tiba perlu menjalani masa tua sendirian.
Sejak dari tarikh itu sampai sekarang suami aku terpaksa berulang alik dan boleh dikatakan selang sehari akan jenguk mak dia. Sampaikan aku dan anak-anak terpaksa booking tarikh untuk keluar dengan babah diaorg sendiri. Kebanyakkan masa suami aku hanya untuk Mak dia.
Pernah dalam bulan puasa, mak mertua aku minta suami aku hantarkan makanan berbuka untuk dia sebab malas nak keluar. Dan masa tu da pukul 3.00 ptg. Korang bayangkan, perjalanan suami aku nak balik ke rumah mak dia ambil masa 2 jam setengah.
Lepas tu suami aku pula lebih suka naik motor bebanding kereta. Lebih jimat dengan cepat sampai. Alhamdulillah suami aku selamat smpai. Walaupun masa tu, suami aku da minta aku masakan makanan kegemaran dia.
Bukan itu je, Suami aku kena ikut setiap reunion yang dia pergi. Setiap majlis yg ada. Suami aku kena teman dia pergi shopping. Pergi bank dan semua urusan dia. Bila suami aku kata Tak boleh balik. Dia akan hantar whatsapp mcm-mcm.
Mesti korang terfikir, apa fungsi adik ipar aku ?? Adik ipar aku malas nak layan da sebenarnya. Sebab mak mertua aku ni ikut angin dia je. Dia je betul. Kami tak boleh bantah. Dia arah kami macam dia arah staff bawahan dia. Sbb dia bos.
Mcm aku cakap,mulanya aku berlapang dada. Aku positif. Sbb aku hormat dan aku sayang mak mertua aku mcm mak sendiri. Yelah, dialah org pertama yang aku panggil mak. Tapi aku lupa, aku manusia. Aku bukan Malaikat.Aku bukan Nabi. Aku punya emosi.
Aku penat sebenarnya. Bila aku balik rumah dia, aku kena kemas umah yang mcm tongkang pecah. Sedangkan dia dok dengan adik ipar aku je. Aku penat aku uruskan anak-anak sendiri. Penat uruskan hal rumah sendiri. Aku tahu suami aku serba salah. Dia x cukup masa. Dia kerja tak macam orang lain. Bila off kena lari balik rumah mak dia. Esknya kena kerja. Aku kesian pada dia.
Aku mula tunjuk protes. Sbb aku nak perhatian. Tapi insiden baru-baru ni sangat memberi kesan pada aku dan anak-anak. Aku perlu ke Grik 2 hari atas urusan kerja. Anak-anak tak ade pengasuh sebelah malam. Kalau waktu siang aku, pengasuh sedia ada boleh jaga. Dan takkan aku nak harapkan pengasuh untuk jaga anak aku pulak waktu malam. Sebelum ni, klau aku kena kursus suami akan ambil cuti dan jaga anak-anak.
Tapi tidak kali ini. Mak mertua aku paksa suami untuk ikut reunion dia di Alor Setar. Suami aku , whatsapp ckp perlu jaga anak-anak sebab aku kena ke Grik. Tapi balasan whatsapp yang diterima membuatkan suami aku terpaksa pergi.
Mak mertua, tuduh suami aku lebih dengar cakap aku. Dan tuduh suami aku macam-macam. Allahu..sampai macam tu sekali. Sedangkan dia dulu kakitangan kerajaan. Pangkat bos. Takkan tak faham tuntutan kerja.
Allah je tahu, perasaan dan hati aku. Aku menangis semahunya. Mengenangkan anak-anak. Mengenangkan tanggunjawab yang perlu aku jalankan. Aku merayu pada suami aku. Minta dia dahulukan aku dan anak-anak untuk kali ni sahaja. Aku whatsapp mak mertua aku sekali lagi. Minta dia faham situasi aku. Tapi jawapan yang aku terima hanya menyakitkan hati.
Suami aku gerak pukul 2 pagi dari rumah. Walaupun aku menangis , merayu. Suami aku diamkan diri. Aku tahu dia serba salah. Dan dalam 2 hari, aku berulang ke Grik sebab aku tak ada pilihan. Anak-anak tanggungjawab aku. Walaupun terpaksa bawak kereta 300km. Aku perlu balik untuk jaga diaorg.
Aku diamkan diri dari suami aku. Aku block whatsapp dia, block phone call dia sebab hati aku sakit. Aku tak kuat.suami aku pm aku di fb. Dia minta maaf sebab tinggalkan aku dengan anak-anak dengan alasan dia perlu jaga mak dia.
Aku tak tahu sampai bila aku akan hadap situasi macam ni. Sekarang ni lagi adik ipar aku nak kahwin, mak mertua aku bagi berbagai alasan minta suami aku balik.
Doakan aku kuat. Doakan aku tak berdendam. Aku takut anak-anak aku terabai. Aku dan anak-anak juga perlukan perhatian. Aku hanya punya suami dan anak-anak. Kasihanilah kami.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon