Kehilangan orang tersayang sudah pasti akan memberi kesan mendalam. Bagi Fatin Nur Affira Yusof walaupun baru saja berkahwin tak sampai dua bulan, suaminya tercinta telah pergi dijemput Ilahi.
Banyak kenangan walaupun cuma 2 bulan bergelar isteri. Jom baca kisah yang menjadi viral baru-baru ini.
Banyak kenangan walaupun cuma 2 bulan bergelar isteri. Jom baca kisah yang menjadi viral baru-baru ini.
"Patah Sebelah Sayap"
Jodoh aku di dunia bersama suami cuma untuk sebulan lebih. Tak sampai dua bulan. Tapi aku cukup terkesan dengan pemergian kau. Sebab apa? Sebab kasih sayang kau pada aku.
Dari aku berkawan dengan kau, bercinta, sampai aku jadi isteri kau yang sah. Tempoh perkenalan yang tak sampai setahun.
2 minggu berkawan, kau luah perasaan untuk sunting aku jadi isteri kau yang sah lepas kau balik dari mengerjakan umrah. Kau dah tunaikan janji kau untuk peristerikan aku. Alhamdulillah, terima kasih abg.
Dari hari pertama kau bergelar suami aku, lepas akad nikah, kau tarik aku ke tepi masjid. Kau pegang pipi aku,
"Harini syg dah sah jadi isteri abg, abg dah tunaikan janji abg untuk peristerikan syg.
Jadilah isteri yang baik, terimalah segala teguran abg untuk kebaikan, jagalah rumahtangga kita sebaik mungkin. Abg nak syg tahu, abg terlalu cintakan syg. Biarlah ini perkahwinan pertama syg & perkahwinan terakhir bagi abg. Biarlah hanya ajal yang pisahkan kita".
Selama berkawan & bercinta, kau cuma cakap kau sayangkan aku. Tak pernah aku dengar kata cinta dari mulut kau.
Lagipun aku geli geli bila orang sebut perkataan cinta. Tapi kau cakap, cinta tu tinggi nilainya & cinta kau hanya untuk isteri. Alhamdulillah, aku terima cinta kau.
Abg, kau buat aku ni betul-betul macam princess kau. Kau sedia maklum, aku bekerja. Keluar rumah lepas subuh, balik lepas Isyak. Kau terlalu manjakan aku. Rutin harian kau tak pernah berubah.
Setiap pagi alarm bunyi, kau yang akan bangun turun dari katil untuk buka semua lampu bilik & lampu ruang tamu. Kau tak nak aku bangun bergelap, sebab aku pernah terlanggar mesin basuh.
Kau ambil tuala aku, suruh aku mandi. Kau kemas katil. Setiap hari kau pilih baju & tudung untuk aku pakai pergi kerja. Kau gosok. Pandai juga kau match baju & tudung aku. Tak pernah tak kena.
Kau pilih baju sebab kau akan ambil baju yang labuh, tak jarang & baju yang sedap mata kau memandang. Kalau aku pilih baju yang kau rasa tak kena, kau suruh aku tukar. Punya kau sayang kat aku.
Lepas aku mandi, aku bersiap, kau jemur kain. Kemudian kau panaskan air (sebab kita masih pakai cerek) then kau bancuh milo panas untuk aku. Bila aku dah siap, kau teman aku minum kat meja makan.
Sebelum keluar rumah, kau akan peluk aku. Peluk tu rutin wajib sebelum keluar rumah, walaupun keluar untuk beli ikan bilis kat kedai depan tu.
Setiap pagi kau akan hantar aku pergi ktm Seremban, kau tak pernah berganjak dari situ selagi train yang aku naik tak hilang dari pandangan kau. Balik rumah, kau lipat kain, vacum rumah, mop lantai. Semua kau buat. Jam 6:30pm kau jemput aku.
Bukan kat ktm Seremban, tapi kau jemput aku kat KL. Betul-betul kat bawah office aku. Aku pernah tanya, kenapa abg tak amik aku kat ktm Seremban je, sebab costing. Kau kata, kau risau, kau sayang & kau rindu. Sebab itu je masa yang kau boleh spend dengan aku.
Balik kerja, aku akan masak untuk kau. Semua atas request kau. Sebab kau spesis yang tak suka makan luar. Apa yang aku masak, semua kau makan habis, tak pernah kau membazir. Bahagianya aku!
Pernah aku tanya, kenapa abg tak biar aku buat kerja rumah? Itu tanggungjawab aku sebagai isteri. Ini jawapan abg
"Abg cuma perlukan isteri abg, bukan orang gaji. Kat rumah, tugas syg cuma di dapur, sebab abg cuma tak pandai masak, kerja lain semua abg tahu buat."
Itu baru kat rumah. Belum bab mengemas baju. Setiap kali nak jalan jauh, kau yang kemas baju masuk bag. Mana yang aku dah masukkan, semua kau keluarkan.
Kau kata aku kemas tak kena dengan cara kau. Apa yang aku lipat, semua kau buka balik sebab lipatan kita tak sama. Hahahah! Segala keperluan kau sediakan.
Bab diving lagi lah. Aku ni boleh dapat title "Princess Diver". Setiap equipment diving aku kau sediakan, habis dive semua benda kau yang bilas.
Daripada equipment sampailah rashguard & wetsuit aku. Punyalah kau tak nak bagi aku buat kerja. Sebab kau nak balas jasa aku tolong kau usung tank setiap minggu.
Suami aku, Kapten Sazali ni bukanlah orang yang berduit. Bukanlah berharta. Tapi kau tak pernah lokek dengan kawan-kawan, adik beradik & bini kau.
Aku tahu kau selalu tak berduit, tapi nafkah belanja harian aku tak pernah kau lupa walau cuma RM10 sehari. Gaji aku sepuluh kali ganda lagi besar dari pendapatan diving kau, tp kau tak pernah lupa tanggungjawab kau sebagai suami untuk beri nafkah. Allah, bersyukur aku.
Setiap hari, kau mengingatkan aku untuk bersyukur. Kau akan tanya pasal kerja aku okay ke tak. Kalau okay, alhamdulillah. Kalau takde rezeki haritu, kau suruh aku sebut alhamdulillah juga. Ujian. Esok insha Allah ada rezeki untuk aku. Positive sgt kau ni abg. Aku pun tak mampu jadi mcm kau.
2 minggu sebelum kau meninggal, aku bawa kau pergi mall. Aku belikan kau 4 helai baju lengan panjang, sebab aku suka kau pakai t'shirt mcm tu. Kau tergamam. Kau senyap je sampai balik rumah.
Balik rumah, masuk bilik kau peluk aku. Kau menangis! Kau cakap, tak pernah orang buat dia macam ni. Belikan baju mahal-mahal, bagi iPhone, bagi MacBook, belikan perfume mahal, beli selipar, kasut, hadiahkan itu ini, sama-sama belanja untuk keperluan rumah.
Allah, kau ni abg! Aku kan isteri kau. Siapa lagi aku nak mewahkan kalau bukan suami aku. Kau jaga aku sempurna, tak salah aku mewahkan kau sekali sekala.
Kau serba salah sebab kau cuma mampu belikan aku jam RM30 sepasang. Sedangkan hadiah kau tu la paling bernilai untuk aku sampai mati. Kau menangis sampai tertidur. Sayu hati aku tengok kau. Sungguh aku sayang kau abg.
Ye, aku dengan suami beza umur berbelas tahun. Tapi dia sempurna buat aku. Dia manjakan aku lebih dari segalanya. Pergi mana-mana, tak pernah dia lepas tangan aku. Keluar dari pintu rumah pun dia nak berpimpin tangan tak nak lepas.
Dalam kereta apatah lagi. Jalan kat public, mampus lah dia tak kan lepas. Bukan sebab takut aku masuk butik shopping sampai lupa diri, tapi sebab dia sayang bini. Dia tak kan masuk tidur tanpa aku. Dia tak pernah pergi mana-mana tanpa bagitahu aku. Keluar rumah ke, sampai rumah atau mana-mana, sentiasa dia bagitahu. Pernah aku tanya, aku ni control kau ke abg? Dia kata "Bila masa?"
Biarpun tak sampai 2 bulan, tapi bahagia aku dengan kau ibarat beratus tahun bercinta. Allah maha tahu! Biarpun kau jauh dah, tapi aku bersyukur sebab orang tak henti-henti cerita kebaikan kau semasa hayat kau.
Orang yang tak pernah jumpa kau pun cakap kau baik. Disebabkan kebaikan kau, aku banyak dapat benefit daripada kawan-kawan kau abg. Semua buat baik dengan aku, atas niat balas kebaikan yang kau dah buat. Subhanallah.
Sekarang orang tahu, kenapa aku rasa patah sebelah sayap bila kau takde biarpun baru sebulan lebih jadi isteri kau. Sebab kasih sayang kau & cinta kau pada aku.
Harini aku kuat melangkah untuk pertahankan apa yang kau dah perjuangkan selama hayat kau. Aku akan teruskan legasi kau. Kau doakan aku juga abang!
Aku happy, walaupun aku terlalu muda untuk title Janda, tapi aku bangga sebab aku janda kematian suami, bukan janda sebab aku minta cerai atau diceraikan.
Kau bawa cinta aku sampai mati & aku akan buat benda yang sama. Kau tunaikan janji kau, tiba masa aku tunaikan janji aku.
Ada yang pernah doakan kita moga aku jodoh kau ke liang lahad. Aku berterima kasih kat manusia tu, sebab doa dia makbul. Alhamdulillah.
Berat ujian Allah ni pada aku. Tapi sekurang-kurangnya aku tahu Allah uji sebab Allah sayang, Allah ambil kau sebab kau kesayangan Dia.
Kau pergi dalam keadaan sempurna, cantik paras rupa kau sayang. Kami yang hidup ni belum tentu nasib kami. Tak tahu macam mana pengakhiran hidup ni. Allahu!
Ingat! Dosa kau dengan Allah, Allah boleh ampunkan bila kau bertaubat. Tapi dosa paling susah adalah dosa kau dengan orang yang dah mati. Kau nak minta maaf pun tak guna dah. Tak tenanglah hidup kau yang berdosa dengan orang yang dah takde.
Aku akan menyusul kau abang. Kau tunggu aku! Kita akan bersatu di sana, Insha Allah.
Alfatihah suamiku,
Kapten Sazali Sakiran
Isteri terakhirmu,
Fatin Nur Affira Yusof
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon