"Tak Tahan Perangai Isteri Dan Keluarga Mertua Selalu Meminta Macam-Macam"


Nama saya Zack..Saya terpanggil untuk membuat luahan rakan saya iaitu Joe baru sahaja menceritakan kisahnya yang baru 2 minggu bercerai. 

Bila ditanya, beliau menyatakan bahawa beliau tidak tahan dengan perangai keluarga mertua dan isterinya yang “over demand”. 

Segala benda tidak cukup, dibeli kereta Toyota Vios untuk kegunaan isteri pun masih tak cukup,nak macam-macam,minta macam-macam..sikit-sikit main psikologi.

Joe sebelum kahwin memang tidak suka perkahwinan antara dua darjat, dikenalkan dengan bekas isteri ibunya seorang nurse. Joe datang dari keluarga sederhana, ibunya juga seorang nurse. 

Joe menganggap ibu dan bakal ibu mertuanya memahami, masing-masing kerja sama namun Joe tidak menyangka gaya hidup keluarga isteri sangat berbeza. Kelurga mertua dan isteri selalu meminta-minta sesuatu tergesa-gesa.

Joe hanya mekanik kereta, bulan-bulan bukan duit masuk banyak, tetapi sikap keluarga mertua yang selalu membanding-banding Joe dengan jiran-jiran yang lain ditambah dengan isteri yang selalu mengiyakan sahaja kata ibunya menyebabkan Joe tidak mampu. 

Memang betul apa dikata, zaman sekarang kalau kau miskin baik tak payah kahwin. Sebab sekarang perempuan belum kahwin dah demand hantaran tinggi-tinggi.

Di zaman ramai yang mengejar duit dan pangkat, ramai yg gilakan skim cepat kaya, nak kahwin pun kena kaya.

Macam mana kahwin kena kaya bagi orang-orang tersebut?

Zaman dulu pasangan yang belum atau sudah berkahwin pasti akan takut dengan soalan orang sekeliling ini, contohnya kalau yang belum berkahwin ditanya soalan, “Bila nak kahwin?”. 

Yang sudah berkahwin akan ditanya, “Bila nak ada anak?”.Lepas tu tanya kereta, rumah dan seterusnya. Nampak tak soalan tersebut biasa saja sepanjang zaman.

Tapi tahu tak ada lagi satu soalan yang paling kejam? Soalan psikologi yang sering ditanya oleh keluarga mertua Joe. Boleh diandaikan soalan yang selalu juga ditanya golongan penindas skim cepat kaya. Ya, ada lagi soalan tersebut iaitu;

“TAK KESIAN KE DENGAN……?”

Pernah dengar? Kalau geng MLM selalu sebut, kalau tak nak join akan ditanya “Tak kesian ke dengan mak ayah nak hantar pergi haji umrah?” “Tak kesian ke dengan…(tambah lagi sendiri)..akhirnya longlai dibuatnya kalau ada ahli keluarga atau isteri jenis termakan kata-kata ini.

Berbalik kepada tajuk utama, kahwin kena kaya, jauhilah orang-orang seperti ini,kalau tak buat apa pun semua takkan sempurna.,baiklah ini contoh soalan kejam yang digunakan tersebut dalam kehidupan anda nanti dan bersyukurlah jika anda tak pernah dengar soalan ini.

1. Bila dah kahwin, si L ada motosikal saja, ditanya “Tak kesian ke dengan bini naik moto?”, bergadailah harta si L beli kereta murah ataupun mampu milik untuk si P.

2.Dah beli kereta masih ditanya, “Tak kesian ke anak bini naik kereta murah ekon takde asap kepul-kepul itam keluar kot ekzos?”..Mereng kejap si L tapi masih sabar, beritahu hanya untuk sementara sahaja.

3.Dah tu ditanya lagi kalau si L jenis sederhana dapat beli kereta Honda Civic je.. “Tak kesian ke anak bini kereta kecik,beli la MPV besar, selesa, orang sebelah pakai Wish, jiran belakang pakai Alza murah tapi besar..dah tu letak carseat baby yang harga beratus-ratus, selamat anak”. Ya selamat tapi satu-satu la makcik oi, dah tu orang yang miskin kereta cabuk tak layak la beranak, tak layak la bergerak merata sebab tiada carseat??Dah tu kalau orang beli van besar pun kau kata tak standard walaupun dah besar.

4.Belum lagi hal rumah, bila rumah sewa kecil ditanya soalan sama, ber ‘loan’ lagi si L beli rumah teres yang biasa. Pergh! Tak habis lagi, ditanya lagi “Tak kesian ke anak bini rumah kecik, tak luas, susah nak bergerak nak main?” ‘Loan’ lagi beli tanah beli rumah sebuah. Ditanya lagi benda sama, tambah la si L dapur ke belakang sikit,bilik tambah lagi tepi, ditambah hutang keliling pinggang.

5.Belum habis ditanya lagi perihal hidup, baju pakai, kerja..”Tak kesian ke bini beranak hospital biasa, beranak la swasta, tak salah berhabis duit selesa sikit.” “Tak kesian ke anak bini kerja cleaner kerja guard saja nak bagi makan apa?” Tak kesian ke anak bini tak pakai baju baru raya?” 

Jadi yang kerja biasa tak layak kahwin la makcik oi?? Nak beranak swasta saja padahal laki bukan kerja gaji besar sangat. Dah nama terpengaruh drama TV3 lah ni nak hidup macam anak datuk saja.. babak kat hospital swasta memang la dah di hospital kerajaan tak bagi buat penggambaran..

Mungkin ramai akan tanya atau tak setuju, dengan alasan mengapa nak ikut kata-kata orang? mengapa nak hidup berhutang? mengapa tak tetapkan saja pendirian?

Ya,akan ada yang bertanya terutama yang belum berkahwin atau dari kaum hawa sendiri. Perkara di atas tak mungkin akan berlaku sekiranya isteri faham kesusahan suami, ia hanya akan berlaku jika isteri jenis termakan kata-kata orang. 

Mungkin depan orang biasa, akhir sekali sebelum tidur isteri terpengaruh dengan hawa nafsu, bertanya dengan si suami, “Abang tak rasa betul ke apa orang tu cakap? Abang tak kesian ke anak kita, baru setahun umur?”..Tengok???soalan yang sama ditanya oleh isteri sendiri.

Isteri memang akan takut dipersalahkan, takut dianggap tidak bersyukur jadi untuk meminta sesuatu yang menjadi kesukaran bagi suami, dijualnya nama anak. 

Padahal si isteri tahu benda tu sukar, tapi masih lagi nak cuba nasib..Lelaki mana yang tak sayangkan keluarganya, cuba buat semua di atas walaupun tahu diri berhutang.

Ajaran yang memanjakan anak sampai ke besar ditanya lagi oleh anak tersebut apabila remaja, “Abah, tak kesian ke anakmu ini pakai henfon murah je kawan-kawan lain semua iphone 10?” beli lagi si bapak yang kerja cleaner jual motosikal cabuk beli iphone 10 tersebut, baiki basikal buruk buat pergi kerja.

Memang lelaki zaman sekarang tak cukup 20K jangan kahwin, tapi 20K mesti ada untuk kahwin, 100K pun perlu ada selepas kahwin..wahai isteri atau bakal isteri sekalian, janganlah kita terlalu meminta-minta dengan suami.

Zaman dulu, tanggungjawab suami hanya cukupkan makan,pakai dan tempat tinggal, sekarang ini 20 perkara buat pun belum tentu cukup.

Teringat sebuah kartun di Facebook, mesejnya sebelum kahwin suami isteri berjanji susah senang bersama, si isteri mahu suami faham kesusahannya, tapi masakan si lelaki mahu isterinya susah bersamanya. 

Sebab itu tidak pernah sekali pun suami menceritakan kesusahannya kepada isteri. Tidakkah kau faham wahai si hawa? Bukan kemaafan isteri yang perlu ditagih, melainkan kemaafan suami yang telah kau susahkan.

Di dalam Facebook dicanangnya sikap lelaki dayus, di televisyen RTM dulu diceritakan kisah Dilema Wanita, berapa ramai lelaki yang tidak pernah menceritakan keburukan isteri atau bekas isterinya. Seorang ayah sanggup berlapar melihat anaknya menikmati hidangan KFC, kisahnya hanya tular dua atau tiga hari.

Akhir kata, “Tak kesian ke dekat si suami wahai isteri-isteri, wahai ibu-ibu mertua, wahai orang sekeliling?”


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon