Aku baru menjadi seorang menantu dalam lingkungan mencecah 2 tahun. Suami aku anak keempat dalam 8 beradik, dan anak lelaki pertama dalam adik beradik lelaki. Aku punya suami yang baik. Dia juga seorang anak lelaki yang baik. Patuh pada ibu bapa.
Tidak aku nafikan Allah beri rezeki pada suami aku dalam bentuk pekerjaan, kehidupan serba cukup berbanding adik beradik dia yang lain. Bila turn balik kampung mertua iaitu kampung suami aku, mesti kami akan pergi ke pasar raya untuk teman ibu dan bapa mertuaku beli barang basahan. Bila nak balik KL, suami akan titipkan duit belanja untuk ayah dan ibu mertua aku. Ye lar, dah jadi rutin sebagai anak kan. Part tu aku tak kisah, dah namanya anak kan.
Tapi yang tak best nye ialah bila tiap kali kami balik, ayah dan ibu dia akan tanya kan soalan macam mana dengan Afiq (adik suami yang sudah berkahwin dan bakal dapat cahaya mata ketiga). Dia bekerja sebagai seorang penjawat awam beruniform. Afiq dah 5 tahun kahwin, bakal dapat baby baru. Dan sehingga hari ni, dia masih lagi duduk bersama dengan keluarga mertua dia.
Dengan alasan masih lagi tiada kekosongan kuarters di tempat dia bekerja. Aku tak pasti sama ada dia tak cuba usaha untuk mempercepatkan proses duduk di kuarters ke tidak. Seperti yang aku bagitahu, macam2 alasan yang diberikan. Pada aku sampai bila nak ajar diri untuk hidup berdikari sebagai seorang ketua keluarga kalau masih duduk dalam sebumbung bersama mertua.
Tiada rasa tanggungjawab tu. Kau tak dapat belajar macam mana nak simpan duit bila keadaan mendesak. Mana tak nya. Duduk dengan mertua, bantuan kecemasan iaitu duit sentiasa ada. Tak payah risau. Kadang2 aku terbaca mesej2 suami aku dengan adik dia. Takde ayat lain. Balik2 pinjam duit.
Dah jadi tabiat bila hujung bulan tak gaji lagi, duit abang kau yang dibedalnya. Dan setiap bulan alasan nak pinjam duit tu mesti seribu satu alasan. Kalau 5 bulan pinjam duit, maka 5 alasan lar digunapakai. Ada masa aku diam tapi ada masa aku jadi sakit hati. Hello Afiq, abang kau bukan kerja untuk sara kau sorang je. Bini bukan nya tak kerja. Pakai Iphone 6 lagi tu.
Haish tak faham aku. Kadang2 aku tanya pada suami aku. Bini Afiq tu gaji nya sikit sangat ke sampai tak boleh nak bantu si Afiq. Jawapan laki aku ; boleh lar, tapi si Dayah tu boros. Dah tau gaji seciput, jangan lar boros. Beringat lar sikit laki awak tu kerja apa. Gaji bersih takat mana je.
Yang paling aku bengang bila tiap kali balik, mesti ayah mertua aku akan tanya. “Abang (suami aku) ada tanya tak kenapa Afiq tak balik minggu ni. Dia belum gaji ke? Kalau Afiq tak cukup duit, abang hulur2 lar sikit”. “Kesian kat Afiq gaji cukup2 makan je, dah lar gaji dia kena potong dengan koperasi. Banyak pulak tu . Tau je lar kerja kerajaan kan sikit gajinya”. Lepas tu mula lar bapak mertua aku ni nak hentam kerajaan bagai itu ini. Pergh. Sampai tahap macam tu.
Bukan kat laki aku sorang je tapi hampir kat semua anak2 dia termasuk anak perempuan dia. Wahai ayah mertua, Afiq tak cukup duit gaji bulan2 bukan sebab salah kerajaan. Tapi dia yang tak pandai nak urus kewangan dia tu.! Suami aku pernah cerita kat aku, dah suruh si Afiq sambung belajar dalam kemahiran. Tapi tidak ! Dia terus apply mak kerja kerajaan. Sebab apa? Sebab mengenyam nak kawin.
Bila dapat masuk kerja kerajaan, dapat lar apply personL loan nak buat modal kawin kan. Ayah mertua ku mungkin lupa part tu. Aku tak bencikan orang yang kerja kerajaan. Sebab ayah aku pun penjawat awam. Tapi ayah aku tak pernah gunakan modal tu semua nak pau nenek aku. Ya Allah, apa lar beban benar sampai semua adik beradik dia nak kena tanggung si Afiq tu.
Senang lar hidup kau Afiq ea. Rumah tak payah fikir. Duduk mertua. Kereta tak payah beli. Akak kau ada. Bulan2 tak cukup gaji abang akak kau ada jadi tabung kau. Ni baru2 ni dia ada program yang dah diaturkan ketua jabatan dia. Dan memerlukan di ke negeri lain untuk taklimat tu.
Dah nama pun berjalan ke negeri orang. Mesti banyak duit nak pakai. So kau dengan selamba nya mesej abang kau a.k.a suami aku untuk tolong kau payung duit sementara kau belum pergi sana. Lemak betul kan. Siap boleh tekan2 abang kau lagi bila nak masukkan duit.
Kadang2 aku kasihan pada suami aku sebab nak kena sara adik jantan dia sorang ni. Orang nak kawin kau pun menggeletis nak kawin. Lepas tu tanggungjawab entah ke mana. Entah bila lar kau akan belajar jadi seorang yang bertanggungjawab. Tak kisah lar abang kau gaji RM15k sebulan pun. Dia ada komitmen dia tanggungjawab sendiri untuk dilunaskan.
Bukan nya tanggung kau sorang je. Kau dah kawin. Patut pandai2 lar atur hidup. Ni bini nak bersalin. Esok guna alasan bini nak beranak kat hospital swasta. Alasan sangat kan. Aku ni sebagai menantu nak cakap banyak memang tak boleh lar kan. Cuma boleh nasihatkan suami aku. Sampai bila kita nak jadi bank kecemasan pada orang. Kita ni pun kena simpan duit. Esok2 tak tau apa jadi. Aku ni nak beli apa2 pun kadang2 menyimpan duit.
Belajar lar hidup bertanggungjawab Afiq ye. Kalau dari sekarang tak diajar esok sampai dah ada menantu pun mcm tu. Nak kawin kan anak pinjam duit abang kakak. Pada Afiq dan Dayah, kalau kau baca ni tolong lar ubah cara kehidupan tu. Belajar jadi seorang suami isteri yang bertanggungjawab dan tidak mengharapkan ehsan adik beradik semata dalam kehidupan seharian.
Semua orang tahu hidup zaman sekarang kos nya tak sama dengan zaman dulu tapi sampai bila nak manja kan diri dengan hidup bersuap.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon