Tindakan Pemandu Potong Kenderaan Lain Sehingga Terbabas Dari Lorong Kecemasan Cetus Kemarahan Netizen



Akibat cuba memotong kereta di hadapannya dari lorong kecemasan, seorang pemandu merempuh kereta itu sehingga terbalik kerana hilang kawalan. 

Kejadian yang berlaku di Lebuhraya Hubungan Timur Barat Kuala Lumpur yang menghala ke arah Kajang pada semalam sekitar 4.30 petang. 

Paparan video dari kamera CCTV di sebuah kereta jelas kelihatan, sebuah kereta berjenama Proton Wira cuba memotong sebuah kereta di depannya dari lorong kecemasan, namun gagal dan terus merempuh sehingga kereta di depan itu terbalik akibat hilang kawalan.

Memetik laporan akhbar China Press, mujurnya pemandu kereta yang dilanggar itu hanya mengalami cedera ringan, tiada ancaman nyawa. 

Selepas video tersebut menjadi tular di media sosial, rata-rata netizen bukan sahaja mengecam tindakan pemandu yang melakukan pemanduan secara melulu, malah menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pemandu berkenaan sebagai pengajaran.


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon