Foto hiasan | Google Images |
YONG PENG, JOHOR - Seorang surirumah berusia 63 tahun disamun dua perempuan yang menyamar sebagai jururawat dari Pejabat Kesihatan Batu Pahat.
Dalam kejadian jam 1 petang Jumaat lalu, Zaibadah yang berada di rumahnya di Parit Awang, Yong Peng, didatangi dua perempuan berkenaan yang kononnya mahu memeriksa kencing manis dan darah tinggi.
Mangsa kemudian diarah menanggalkan kesemua barang kemasnya kerana mereka mahu membuat pemeriksaan ke atas badan mangsa, selain disuruh berkemban.
Mangsa mengalami kerugian hampir RM20,000.
Dari Suhana Md Yusop
Syukur Alhamdulillah, mak selamat!
Untuk semua, mohon berhati-hati. Pesan-pesan pada orang tua kita di kampung, pakcik-pakcik, makcik-makcik yang tinggal berdua di rumah. Kalau orang yang tak dikenali beri salam, tak payahlah buka pintu dan bagi masuk walaupun yang datang itu nurse, polis, bomba, orang TNB dan yang sewaktu dengannya.
Sekarang di kawasan Batu Pahat, Air Hitam, Yong Peng dan Kluang tengah 'hot' tentang kes saman seperti ini. Mimpi ngeri buat mak dan kami sekeluarga.
Mak didatangi dua orang individu yang menyamar sebagai jururawat dari Pejabat Kesihatan Batu Pahat kononnya mahu memeriksa tekanan darah dan kandungan gula dalam badan mak. Tanpa mengesyaki apa-apa, mak pun bagi masuk.
Seorang memakai baju berwarna merah jambu dan seorang lagi berbaju putih berkaca mata. Mereka arahkan mak tanggalkan semua barang kemas yang dipakai. Kebetulan pula pada masa itu mak memang pakai semua barang kemasnya.
Mak tanggalkan semua dan simpan di laci meja abah. Mak disuruh berkemban dan meniarap. Mereka kemudian menyuntik sesuatu di bahagian tengkuk dan belakang badan mak yang disyaki ubat pelali. Mak terus tak sedarkan diri.
10 minit kemudian, mak tersedar dan dua individu itu tadi sudah tiada. Mak berlari ke halaman rumah dan mendapati kereta mereka juga sudah tiada. Bila periksa laci di meja abah, semua barang kemas tadi juga sudah lesap.
Mak menghubungi saya yang baru siap makan tengah hari, menangis dan menceritakan apa yang berlaku padanya. Kami adik beradik, tanpa berlengah terus balik nak tengok keadaan mak.
Mak trauma dan sedih, namun kami bersyukur mak selamat dan tidak diapa-apakan. Bukan rezeki mak di hari Jumaat yang berkat. Tak apalah mak, ada rezeki, abah belikan lagi.
Semoga penjenayah itu dapat ditangkap secepat mungkin. Semoga keluarga kita dilindungi dari perkara-perkara seperti ini. Terima kasih kepada semua yang bertanya khabar berita mak, datang ke rumah jenguk mak. Keperihatinan kamu semua amat saya hargai.
Dalam kejadian yang berasingan di kawasan yang sama, seorang lagi surirumah berusia 64 tahun juga turut melaporkan didatangi dua perempuan berkenaan.
"Mereka terus minta kad pengenalan dan menyuruh saya baring secara meniarap dan membuat pemeriksaan di leher yang kemudian terasa seperti dicucuk. Saya kemudian disuruh baring selama 15 minit.
"Setelah selesai, mereka terus bangun dan masuk ke dalam kereta Perodua Axia warna kelabu.
"Saya terus buat pemeriksaan dalam rumah dan tiada barang yang hilang," katanya sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu. - The Reporter
SUMBER : http://ift.tt/1r7Yr4K
EmoticonEmoticon