Boleh terkejut jadinya bila menyaksikan seorang CEO syarikat penerbangan 'turun padang' dan membersihkan sendiri sampah sarap dalam kapal terbang miliknya.
Persis seorang 'cleaner' itulah yang dilakukan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia ini, Tony Fernandes yang sangat menghargai kesemua krewnya.
Tak rasa malu malah CEO ini sedia bekerja dan membantu krew kabin yang sedang sibuk dengan mengutip sampah. Melalui video yang menjadi tular itu, Tony berseloroh yang video itu sengaja dirakam secara rahsia tanpa pengetahuannya.
"Kepada semua krew kabin di seluruh dunia terutamanya krew kabin saya, terima kasih atas kerja keras anda dan membuatkan penerbangan begitu mengujakan," tulisnya menerusi video yang dimuatnaik menerusi laman Facebook.
Memang 'sempoi' dan bersahaja, mungkin kerana itu ramai yang kagum dengan sikapnya yang sangat merendah diri itu. Bukan itu sahaja, sangat rajin tulang dan sering menunjukkan budi pekerti yang baik.
Video yang kini mencecah hampir 200 ribu tontonan itu sememangnya mendapat respon positif, tidak hairanlah dengan sikap yang begitu terpuji ditunjukkan oleh bos besar ini.
"Saya suka dengan kisah-kisah bagaimana anda menjaga staf di bawah anda."
"Sangat merendah diri, anda merupakan contoh terbaik kepada seorang yang bergelar bos."
Sikap terpuji ditunjukkan oleh Tony bukan sekali dua, malah sepanjang beliau bergelar seorang CEO Air Asia, telah berkali-kali memberikan impak dan juga inspirasi kepada ramai orang.
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon