Makin panas dunia artis terbaru aktres, Nur Fazura Sharifuddin, mengaku keserasian yang tercipta antara dirinya dengan Fattah Amin tatkala membintangi Hero Seorang Cinderella membuatkan proses rakaman lagu tema drama bersiri itu berjalan lancar. Kata Fazura, 33, beliau dan Fattah, 26, mengambil masa selama dua jam untuk menyiapkan rakaman lagu hasil ciptaan Aizat Amdan serta Mel Ramlan itu.
"Keserasian dan elemen romantis itu sudah dicipta dalam set. Sewaktu ke studio untuk merakamkan lagu itu pun, kami datang dari lokasi penggambaran. "Jadi, masing-masing sememangnya masih dalam karakter dan ia memudahkan kami untuk menghayati lagu itu dengan baik. "
Aizat selaku komposer sedikit sebanyak turut membantu memberikan bimbingan bagaimana mahu meluahkan emosi dengan berkesan ketika rakaman dilakukan," katanya kepada BH Online. Fazura turut berkata, beliau dan Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu juga bersedia untuk menyanyikan lagu berkenaan dalam mana-mana pertandingan jika ia dicalonkan. "Kalau karya itu disenaraikan dalam pertandingan seperti Muzik-Muzik, kami bersedia untuk menyanyikannya kerana ia juga antara cara untuk mempromosikan lagu terbabit," katanya. Lagu berjudul Cinderella edaran Universal Music itu boleh didapati di semua platform digital mulai esoksumber : berita harian
Sumber : kaki share
Sumber :
EmoticonEmoticon