Viral Sepasang Beruk Pakai Baju Raya Tarik Perhatian Netizen

Tular beberapa keping gambar sepasang beruk meraikan lebaran dengan siap beberapa persalinan pakaian baju Melayu dan baju kurung.

Pasangan beruk itu dinamakan JK dan Shaki. Ia milik kepada seorang lelaki separuh usia, Jamil Ismail atau lebih dikenali sebagai Jamil Kucing.
Siapa Jamil Kucing? Anda mungkin pertama kali mendengar nama tersebut bukan? Jamil Kucing merupakan bekas pegurus peribadi bekas Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn dan Tengku Mahkota Johor Tuanku Ismail Sultan Ibrahim.

Demi kecintaannya terhadap haiwan, Jamil Kucing meletakkan jawatannya sebagai seorang pembantu peribadi dan menjadi penyelamat haiwan sepenuh masa.

Jamil Kucing sering menyelamatkan haiwan-haiwan terbiar seperti kucing, anjing dan sebagainya.

Menurut laporan The Malay Mail, sehingga kini dia mempunyai lebih kurang 100 ekor kucing, seekor anjing dan dua ekor beruk.

Kedua-dua beruk yang tular itu dinamakan JK dan Shaki dan dianggap seperti anaknya sendiri.

Jamil Kucing dalam kenyataannya memberitahu bahawa dirinya mula memiliki haiwan ketika darjah 5 lagi.

Kini dia masih mencari dana bagi haiwan terbiar dengan membenarkan orang ramai mengambil gambar bersama haiwan berkenaan sebelum orang ramai memberikan sumbangan seikhlas hati.

Sehingga kini Jamil Kucing mempunyai lebih 43,000 pengikut di Facebook. - Kaki Share

www.kakishare.my


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon