Pendedahan Perangai Datuk Red Ketika Sekolah, Memang Menjurus Kepada Kahwin Dua

Datuk Red Memang Nak "Kahwin Dua" Sejak Sekolah


Siapa yang tak kenal dengan Datuk Red, suami kepada Adira ini.

Setelah Datuk Red bernikah dengan Adira, yang merupakan isteri keduanya, pelbagai kontroversi melanda ushawan hartanah ini.

Datuk Red pernah dikaitkan mempunyai hubungan dengan beberapa pelakon termasuk Ruhainies dan juga Nonny.

Yang terbaru, menerusi satu temubual mStar, Datuk Red akui memasang cita cita unutk berkahwin dua sejak di bangku sekolah lagi.

Ini komennya:

“Daripada keciklah, cikgu di sekolah pun ada tanya saya – cita-cita nak jadi apa’kan? Dieorang semua cerita nak jadi doktor, pilot, bomba apa semua – tapi saya nak kahwin dua. Saya ni lain. Cita-cita saya nak kahwin dua”

“Semua gelakkan semua. Saya memang sukakan cabaran sebenarnya. Selain daripada bisnes, kita ada rumahtangga ni pun kita suka cabaran. Kadang-kadang kalau rumahtangga tiada cabaran, tiada apa-apa, macam biasa je, kadang-kadang bosan jugak”

“Dia (rumahtangga) nak ada merajuk, manja, pujuk, itu yang seronoknya. Saya ni pencinta wanita, tapi bukan ‘buaya’. Alhamdulillah cita-cita saya dah tercapai,” 

Itulah kenyataan dari Datuk Red yang mencuri perhatian ramai.

Haha ada-ada saja Datuk Red ini. Walaupun ramai yang mengecamnya, Datuk Red memang jenis yang selamba sahaja.

Sumber: mStar

Sumber : berita memey

Sumber :


EmoticonEmoticon