Perkahwinan Dengan Elfira Loy Dipertikai, Sufian Suhaimi Kini Tertekan
Sufian Suhaimi luahkan kehairanan apabila ada pihak yang kurang senang apabila dia dan Elfira Loy akan berkahwin tidak lama lagi.
Pertikaian oleh para netizen itu membuatkan dia berasa tertekan namun enggan mengambil serius terhadap tohmahan dilemparkan kepadanya.
Ini komennya:
"Saya tak rasa itu sebagai ujian bertunang tetapi ujian untuk buat benda baik.
"Kadang-kadang tertekan juga dengan komen netizen tetapi tidak apalah, tak semua manusia itu sempurna jadi kami tidak mahu ambil pusing akan hal itu.
"Mujur keluarga dan rakan-rakan menyokong keputusan saya untuk berkahwin awal dan mendoakan yang baik-baik untuk hubungan kami,"
Tentang keputusan untuk berkahwin akan 'membunuh' karier seninya yang sedang meningkat naik, Sufian Suhaimi langsung tidak setuju dengan perkara berkenaan.
Sufian yakin kepada rezeki tambahan pula apa yang ingin dilakukan itu bukanlah perkara jahat sebaliknya yang dituntut agama.
Ini komennya:
"Bukannya pelik berkahwin awal dan ramai sebenarnya menamatkan zaman bujang pada usia muda.
"Keputusan itu juga tidak akan membunuh karier nyanyian saya kerana itu semua rezeki daripada Tuhan.
"Sebagai anak seni saya akan terus berkarya kerana muzik itu misteri, kalau lagu yang dihasilkan bagus tentu orang suka,"
Untuk yang tidak tahu, Elfira Loy dan Sufian Suhaimi bakal mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober depan.
Sufian memberitahu majlis akan diadakan di kediaman keluarga Elfira Loy.
Namun, pasangan ini masih belum menetapkan tarikh perkahwinan namun menjangkakan ia diadakan pada tahun hadapan.
Sumber: mStar
Sumber : berita memey
Sumber :
EmoticonEmoticon