"Ayam Goreng Mentah, Berbuih Buih Darah Keluar" Luah Netizen Kecewa Restoren Makanan Segera Hidang Ayam Tak Masak


Kembang tekak rasanya melihatkan perkongsian daripada netizen ini. Bayangkan ayam goreng yang dibeli di sebuah restoren makanan segera dihidangkan dengan tulang yang masih berbuih-buih darahnya. 

Netizen ini turut berkongsi video menunjukkan bagaimana ayam bahagian peha itu kelihatan sangat meloyakan dengan darah berbuih tanpa henti meskipun telah digoreng kali kedua. Katanya, ketika mendapati ayam goreng yang dipesan kelihatan masih berdarah, dia meminta pekerja di restoran itu menukarkannya dengan yang lain. 

Namun, apa yang didapatinya masih tetap sama iaitu ayam yang seolah-olah tidak dimasak sempurna, atau dalam erti kata lain masih mentah lagi isinya. 

"Ayam yang sama cuma digoreng semula dengan darah yang keluar berbuih-buih tadi tu tak dicuci, siapa boleh makan? Siapa sanggup makan?" 

"We paid for this food, we paid for the service. Bukan datang minta ayam tu free," ujar netizen ini selaku pelanggan di situ dengan kesal sekali. 

Sementara itu ramai di kalangan warga internet yang lain menyarankan agar si mangsa membuat aduan secara terus di laman Facebook restoran makanan segera itu. 

"Buat aduan dalam fb mereka, supaya tindakan boleh diambil. Nak lagi best, kalau ada nama staff dalam resit bayaran, snap gambar sekali."

Terdapat juga mereka yang berkongsi kisah yang hampir serupa, cuma yang membezakan apabila mereka meminta ayam tersebut ditukar, mereka dilayan dengan baik dan bukannya ayam yang sama diberikan semula. 

"Haritu ada pengalaman yang sama. Ayam dimasak kurang masak kemudian i cakap kat staff sana, mereka terus tukar ayam dengan baru, siap minta maaf lagi.."

Kesimpulannya, jangan mudah mengalah bila melibatkan hak anda sebagai pengguna. Buat aduan di saluran yang betul agar pihak berkenaan lebih peka dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya terhadap situasi yang telah berlaku.



Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon