"Berniaga Tak Salah, Tapi Jangan Sampai Guna Perkara Yang Dibenci Allah Sebagai Pelaris Jualan"



Semenjak Nasi Lemak Anak Dara menjadi trending di media sosial, ramai peniaga mengambil inspirasi untuk melariskan perniagaan mereka sehingga muncul pelbagai gerai nasi lemak yang menggunakan nama yang boleh menarik perhatian pembeli.

Antara nama-nama yang digunakan contohnya seperti Nasi Lemak Laki Orang, Nasi Lemak Bini Aku, Nasi Lemak Pondan dan yang terbaru Nasi Lemak LGBT.

BACA KISAH NASI LEMAK LGBT DISINI

Namun, trend ini mencetuskan perdebatan dikalangan netizen Muslim adalah mengenai kemunculan gerai-gerai nasi lemak yang dengan selamba menggunakan nama yang mengambarkan kecenderungan seks sesama jantina iaitu LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual, dan Transgender). 

Jom kita baca kupasan mengenai isu ini yang dipetik dari laman FB Abeben's Network semoga bermanfaat untuk kita semua. 

Semakin lama, perkara-perkara yang dibenci oleh Allah semakin boleh diterima oleh masyarakat. Umat Islam dah boleh terima dan anggap LGBT sebagai sesuatu yang biasa dan bukannya perkara yang dilaknat oleh Allah, sehingga langsung tidak rasa apa-apa apabila dijadikan sebagai bahan promosi atau intipati dalam sesuatu produk.

Normalisasi maksiat dan kemungkaran ni sebenarnya dah lama berlaku. Ia bermula dengan sekecil-kecil perkara, seperti babak bercumbu dan pergaulan bebas dalam komik, filem dan animasi, sehinggalah ke sebesar-besar perkara, seperti menggubal undang-undang agar menghalalkan ia di dalam negara.

Lihatlah Jepun sebagai contohnya. Sebuah negara yang kita semua tahu amat konservatif dan mementingkan tradisi dan adab kebudayaan mereka. Namun lihatlah generasi baharu mereka hari ini yang semakin terpengaruh dengan budaya luar yang bertentangan dengan tradisi dan adab kesopanan mereka. Mereka kini menjadi antara pengeluar filem dan animasi lucah terbesar di dunia. Dan kesannya merecik hingga ke Malaysia.


Sub-contohnya, animasi-animasi mereka mula menormalisasikan hubungan sumbang mahram, LGBT dan pedofilia. Bayangkan anak-anak muda yang membesar dengan animasi sebegini. Lama-kelamaan, mereka mula anggap elemen incest, lolicon, harem, ecchi, yuri, shonen-ai sebagai genre yang boleh diterima. Jangan nafikan perkara ini, kerana ia benar-benar berlaku dalam generasi muda.

Itu baru satu contoh. Banyak lagi contoh lain yang memangkin normalisasi kemungkaran di Malaysia. Kebanyakannya bersembunyi di sebalik nama hak kebebasan bersuara. Dan trend terkini pula, menerapkan istilah-istilah kotor ini dalam produk masing-masing, sebagai bahan penarik dan pengviral. Seolah-olah tidak ada lagi rasa bersalah dalam hati apabila membiasakan umat Islam untuk menerima perkara-perkara kotor sebegini.

Berniaga tak salah. Yang salahnya apabila gunakan perkara yang dibenci Allah sebagai bahan pelaris jualan. Jangan sampai kita dianggap sebagai pelopor aktiviti menunggang maksiat seperti ini. Dan jangan sampai selepas ini, maksiat-maksiat yang lebih teruk turut sama dinormalisasikan dalam masyarakat.

Renung-renungkanlah wahai umat Islam. Cukuplah kita menerima serangan pemikiran daripada musuh-musuh Islam. Kalau kita sendiri selaku umat Islam pergi serang pula daripada dalam, bagaimanakah nasib umat kita pada masa hadapan kelak?


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon