Budak 11 Tahun Ini Tekad Untuk Jual Biskut Untuk Bantu Selamatkan Spesis Penyu Terancam


Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun, Ahmad Iszuddin Ahmad Idzham menonton sebuah video mengenai penyu belimbing yang diancam kepupusan dalam kelas sainsnya. Selepas itu, adik ini telah membuat keputusan untuk membuat misi menyelamatkan spesis penyu terbabit. 

Menurut World Wildlife Fund (WWF) spesis penyu belimbing ini dikategorikan sebagai terdedah kepada ancaman kepupusan di sesetengah bahagian di dunia ini. 

Beratus-ratus penyu belimbing dicederakan dan adakalanya dibunuh oleh alatan memancing seperti pukat. Populasi mereka di Asia Tenggara telah menurun dengan mendadak akibat pengambilan telur penyu untuk dijual yang sangat membimbangkan. 

"Saya menangis dua kali ketika menonton video tersebut dan saya berazam untuk membantu menyelamatkan mereka" kata adik Iszuddin. 

Adik ini membuat keputusan untuk membuat biskut dan hasil jualannya akan disumbangkan kepada sebuah pusat konversasi penyu di Terengganu. 

Dengan bantuan dan sokongan ibu bapanya, adik Iszuddin menjual biskut-biskutnya di pelbagai acara serta menerima tempahan dari para pelanggan. 

Adik Iszuddin belajar membuat biskut dari ibunya Nor Azlina Ishak yang bekerja sebagai penceramah motivasi. Menurut laporan The New Straits Time, Iszuddin berjaya mengumpul RM200 hasil jualan biskutnya. 

Iszuddin juga berkongsi bagaimana dia membuat biskut serta mengemaskini dalam laman Instagramnya. Ini antara pesanan adik Iszuddin kepada semua

"Pada anda semua, marilah bekerjasama dan selamatkan spesis terancam ini"


Sumber : kaki share

Sumber :


EmoticonEmoticon